Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Februari 2015

Nak Nikah Lagi Satu, Janda Anak Dua, 30-an


Seorang lelaki 40-an dah lama simpan sesuatu nak cakap dengan isteri dia. Tak diberitahu rasa macam bersalah. Akhirnya, satu hari, dalam kereta sewaktu memandu berdua dengan isteri dia, dia pun ceritalah. Kiranya hari itulah hari yang sesuai untuk beritahu segalanya.

"Abang nak beritahu sesuatu, harap ayang jangan terasa hati". Kata lelaki ini. Ayat macam cantik, maklumlah dah berbulan-bulan berlatih dan ulang tayang selalu.

Terkejut juga isteri dia yang tak pernah dengar ayat macam tu. Terus dadanya berdebar-debar juga.

"Ada apa bangggg?". Tanya isteri dia sambil merenung muka suami dia.

"Macam inilah... Setuju tak kalau abang kawin lagi satu dengan seorang janda anak dua. Dan abang jumpa dia seminggu sekali saja" Kata lelaki ini walaupun berat mulut dia macam kena gigit tebuan tanah bibir dia. Tapi tetap dia habiskan ayat power itu.

"Apa! Nak kawin lagi?.... Boleh! Tapi awak ceraikan saya sekarang". Kata isteri dia. Terus isteri keluar dari kereta. 

Dihempasnya pintu macam lempar cakera. Rupanya cerita punya cerita tadi, dah sampai kat rumah baru sempat tanya. Nasib baik kereta dah berhenti, kalau bergerak agaknya isteri bukak pintu pergi terjun dari kereta lagi susah menjawab dengan polis di dunia dan dengan malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur kelak.

Macam Mana Nak Buat?

"Nak buat macam mana Tuan Kadi?" Tanya lelaki ini kepada seorang Kadi selepas dia cerita panjang lebar tadi.

Entah yer nak buat macam mana. Ada kawan dia nikah senyap-senyap tapi hari raya tahun lepas akhirnya kantoi juga selepas hampir setahun bernikah kat seberang sungai. Masa bergaduh tu isteri dia cakap lebih kurang begini...

"Kalau betul nak nikah, kena jujur dan berterus terang. Buat apa nikah senyap-senyap kat seberang. Kalau mintak izin saya kasi, kalau main nikah terus, macam mana nak kasi".

Itu cerita kawan dia yang kononnya isteri nak kasi kalau beritahu awal. Yang main nikah senyaplah isteri dia tak terima. Jadi, apa-apa hal dia nak kawin, dia try nak tanya isteri. Rupanya itulah jadinya. Jadi macam mana Tuan Kadi?

Kadi pulak tu tak ada pengalaman kawin dua, nak jawab soalan tu bukannya senang. Lelaki ini tak putus ada, dia tanya pulak, ada ker kadi yang ada isteri dua, dia nak jumpa dan nak dapat ijazah. Pulak dahhhh.
SEKIAN....

4 ulasan:

  1. X tau nk kata apa. Muhasabah diri, isthiharah, berdoa. Jika ketentuannya mmg berbini dua insyallah akan ade jodohnya hehehe

    BalasPadam
  2. Tak payah lah..sy isteri kedua diceraikan semasa sarat mengandung 8 bulan..kawin dah 3 tahun lbh..walaupun di seberang tp dgn keizinan isteri pertama..thn pertama saja bhgia..msk thn ke3 dia dah buat perangai..katanya x sempat jmp kawan..katanya sy mengongkong..pdhal sy mntk dia mai on time saja..mertua sy x prnh knl..raya dpt sehari saja..dah hbs bertolak ansur..mgkin ini nasib sy..sy redho..fyi ex husband seorang yg berjawatan dan ada master..sekadar perkongsian..suami zaman skrg perlu fokus dgn apa yg ada skrg..jgn memandang mudah pd poligami..berat sgt tanggungjawabnya..skrg sy menunggu hari utk bersalin..doakan sy dan anak selamat..sy redho..

    BalasPadam
  3. semangat betul dia..tak mengenal putus asa..nak cari tok guru lain lagi

    BalasPadam
  4. Sibuk tanggungjawab ..... tanggungjawab kita sebagai anak isteri suami dan hamba ada nak pikir tak????
    bersihkan hati .. insyaAllah semua akan jadi mudah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.