Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Jun 2014

Orang Kampung Jual Pokok Durian, Bukan Jual Buah Durian


Semalam saya ke sebuah kampung di daerah Muar. Nak cerita juga, dulu masa saya zaman remaja (sekarang dah tua, hehe), selalu ke kampung ni kalau musim durian. Selain harga durian yang murah, rasanya lebih sedap. Agak saya, durian ini sedap kerana pokoknya pokok lama dan besar-besar. Jadi buahnya besar jugalah. Dah berbelas tahun saya tak ke kampung ini. Dulu-dulu-dulu seperti 'kumpulan Tegar' cakap, kampung ini banyak buah durian kalau tiba musimnya.

Sekarang ni ada sesetengah tempat di Muar tengah musim durian. Tapi bukan semua tempat di Muar rupanya musim durian. Jadi saya pergilah ke kampung ini. Yang menghairankan saya, sudah tidak banyak kebun atau pokok durian di sini. Dulunya yang saya ingat, di situlah kebun durian yang luas, sekarang sudah bertukar jadi kebun kelapa sawit dan ada juga yang tempat yang jadi kilang. Saya meneruskan pencarian saya umpama misi mencari MH370 ke kampung ini.

Di sebelah-sebelah rumah orang di sini pun dah tak banyak pokok durian. Saya jumpa beberapa pokok saja dan tak berbuah lagi, bunga dan putik pun tak ada.

Tebang dan Jual Pokok Durian

Hari ini saya berbual dengan kawan saya yang duduk tak jauh dengan kampung itu. Katanya, orang kampung itu dah tebang dan jual pokok durian kepada orang tengah. Harga satu pokok adalah antara RM 50- RM 100 ringgit. Diceritakan kepada saya lagi yang orang kampung itu rasa tidak mendapat keuntungan dengan jual durian. Pernah satu tahun itu harganya hanya 20 sen sekilo sahaja kerana buah terlalu banyak di pasaran.

Orang Kampung Jadi Broker

Yang datang rumah ke rumah untuk beli pokok durian ini adalah orang kampung itu juga.Kawan saya kata, sebenarnya harga satu pokok durian yang besar boleh datangkan hasil sehingga seribu ringgit sebab durian boleh disamakan macam pokok balak. Tapi orang kampung tak mahu susah-susah nak cari orang dan buat kerja, ambillah juga duit orang bagi tunai.

Kayu pokok durian itu dihantar ke kilang perabut yang banyak kat Muar. Tak tahulah berapa banyak orang ini untung, tapi dia sekarang pakai kereta mewah hasil jadi orang tengah beli kayu dan peraih kepada hasil tanaman orang kampung.Orang tengah ini bukan saja beli pokok durian, tapi juga pokok kelapa dan pokok getah, semuanya bernilai untuk meneruskan industri perabut. Harga sebatang pokok kelapa adalah RM 10 sahaja. Saya pujilah orang ini kerana walaupun belajar tak tinggi, tapi pandai menjana kewangan dengan jadi peraih.

Bagaimana Anak Cucu Nak Makan Durian?

Jual pokok durian memanglah untung dan dapat duit tunai jam itu juga. "Jam itu juga' adalah bahasa orang Muar yang orang daerah lain di negeri Johor tak cakap macam ni. Orang dulu-dulu iaitu tok nenek dan bapa kita tanam pokok buah-buahan ada matlamat. Mereka tanam bukan untuk keuntungan diri sendiri ikut kiraan keuntungan duniawi saja. Tapi mereka niat nak sedekah pada anak cucu dan generasi akan datang sebagai amal jariah untuk mendapat pahala berpanjangan.

Pokok durian misalnya, bukan setahun dua boleh berbuah tapi setahu saya dalam 10 tahun ke atas baru berbuah dengan sempurna. Pokon durian pula usianya puluhan tahun dapat hasil buah durian setiap tahun. Orang dulu sayang dan ingat pada anak cucu yang duduk jauh di bandar. Sekali sekali terutama musim durian, anak dan cucu balik kampung makan durian di pondok. Kalau budak sekolah asrama, bawa kawan-kawan satu asrama datang makan durian sekali. Itu dulu, tapi sekarang bagaimana ?

Sekarang Orang kampung Pun Beli Durian

Orang kampung sekarang ramai dah tak ada pokok durian. Yang memang tak tanam durian dari dulu itu satu bab. Yang bab satu lagi orang yang dulu atuk dan bapak dia ada pokok durian, sampai ke anak-anak, lansung dah tak ada pokok. Dulu membebel harga durian murah, sekarang ini anak-anak mintak beli durian pun, mak ayah belum tentu nak belikan. Yer ler, harga pun dah mahal.

Yanag dulu jual pokok durian sekarang termenung dan terkilan bila anak dan cucu balik kampung. Nak tak nak, belilah juga durian di kedai, bukan murah harganya. Ataupun cucu nak makan durian, nanti atuk belikan aiskrim durian jer.



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum w.b.t. Tuan,

    Dulu-dulu pun kawan rajin cari dusun-dusun durian kat kampung. Ada tu sanggup pergi cari kat Pt. Buaya, Bkt. Pasir sampai kat Tg. Olak nk cari buah durian yg katanya sedap tu... Last-last lebih kurang sama je isi duriannya. Air masak kena standby banyak-banyak takut nti badan panas bila nk tidur waktu mlm nti... Itu kenangan time kecil-kecil dulu. Sekarang kalau pergi balik dusun-dusun tu dah tak ada sebab da buat taman-taman perumahan..

    - OrangKampungkuDiSini -

    BalasPadam
  2. balik kampung minggu lepas tengok kebun mak mertua tengah banyak buah durian...durian tembaga pulak tu...best nya la....dah la saya ni hantu durian...tak sabar nak tunggu durian gugur.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.