Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Jun 2014

Bapa Terus Berkeras Untuk Tak Mahu Jadi Wali (Episod 2)

Jam lebih kurang 9.00 malam, jurunikah telefon Kadi semula.

"Tuan... Saya dan beberapa orang kampung sudah jumpa bapa perempuan tadi. Tapi nampaknya dia tetap tak mahu jadi wali. Dia kata, kalau nak nikah sangat, biar anak lelaki dia iaitu abang kepada pengantin perempuan yang jadi wali". Kata jurunikah itu.

"Oh... cuba selesaikan dan ada masa lagi. Abang tak boleh jadi wali sebab dia masih ada ayah kandung". Kata Kadi.

"Nampaknya bapa dia ni susah nak dipujuk. Orang kampung pun dah ramai kat rumah dia ni nak bantu pujuk". Kata pak imam.

"Wah.. sekampung yang datang pujuk? Jadi gempar sekampung dibuatnya ni. Dah macam ada lakonan filem kat rumah tu jadinya". Kata kadi.

"Yer ler tuan.... orang kampung semua dah tahu dan perkara ni, dan tak pernah berlaku kat kampung ni". Kata pak imam yang sleng Jawanya tetap ada tu.

"Tak apa pak imam... ada masa lagi sehingga hari esok 10.30 pagi. Mintaklah orang sana terutama keluarga pengantin buat solat hajat, minta pada Allah Taala, semoga dipermudahkan urusan kita semua". Kata Kadi mengakhiri perbualan.

......BERSAMBUNG KE  Episod 3, klik sini

3 ulasan:

  1. salam tuan
    tapi kalau ikutkan kata dia mula2 tadi "biar anak lelaki dia iaitu abang kepada pengantin perempuan yang jadi wali"

    maka, dibolehkan laa kann walau dia tak mati / ghaib/tetiba pekak bisu..betul ke ustaz?

    BalasPadam
  2. Tak sah nikah kalau guna wali abang sebab bapa masih ada.

    BalasPadam
  3. terima kasih ustaz atas pencerahan tersebut

    BalasPadam

Dipersilakan komen.