Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Jun 2014

Kisah Orang Beristeri Dua Sambut Ramadhan dan Hari Raya (Episod 4)


Memang betullah yang Ramadhan ini banyak cabaran, tak dia tak kita, tak kira orang ada isteri dua ker, orang ada isteri seorang pun banyak ujian juga. Ada Ustaz yang terkenal yang ada isteri tiga ini dalam ceramah dia dalam bahasa negeri dia, kata,

"Kita tak boleh kata orang kawin dua dan tiga ini tak bahagia, kerana ramai juga orang yang kawin satu pun tak bahagia. Maka acap-acap kalilah kita kawin dua, tiga, empat". Ceramah ustaz ini dalam bahasa lawak.

Hari ini, masa saya menulis ni 30 Syaban, esok 1 Ramadhan. Cerita yang saya tulis ini sudah hampir setahun berlalu, tapi saya ingat lagi ceritanya. Kenapa kita ingat lagi, sebab saya kena marah, kaw-kaw punya kena marah. Lagi saya ingat, sebab saya yang tak diwakili peguam pada masa itu rasa tak sepatutnya saya kena marah. Tapi bila difikirkan semula, bukan saya penyebab utama singa betina itu mengamuk, tapi sebab ada singa lain yang buat dia marah kot.

Banyak Soalan Sebelum Balik Raya

"Tuan Kadi... saya dah 4-5 tahun nikah senyap-senyap dengan suami saya. Tapi tak pernah sekali pun suami saya berhari raya dengan saya, semuanya dengan isteri tua. Tak kira raya puasa, raya haji, raya cina, taipusem pun dia raya dengan isteri tua. Adakah ini adil Tuan Kadi?

Terdiam Kadi dibuatnya, sepatahpun tak jawab.

"Selama ini suami saya tak pernah kasi saya duit belanja tetap. Rumah dan kereta pun saya beli sendiri, dia tumpang duduk saja. Saya pun tak pernah mintak duit pada dia sebab saya ada kerja. Salah ker suami saya macam tu Tuan Kadi?

Sekali lagi Tok Kadi terdiam, tak jawab apa-apa.

"Tuan Kadi.. boleh ker kalau saya telefon suami saya masa dia balik ke rumah isteri tua dia. Saya nak telefon jer, saya rindu kat dia. Boleh ker Tuan Kadi?"

Pun senyap lagi Tok Kadi, tak jawab.

"Saya nak anak Tuan Kadi, saya muda lagi, boleh lagi meneran kat katil hospital. Tapi suami saya taknak anak, dia tak mahu pecah rahsia kalau dapat anak. Tuan Kadi, berdosa ker kalau kami dah beberapa tahun merancang kehamilan, sedangkan duit belanja kami ada untuk anak-anak, kami bukan orang susah sampai tak dapat beri makan minum akan. Macam mana Tuan Kadi?

Terus diam Tok Kadi, terkedu dibuatnya.

Kenapa Tak Jawab

Dah cerita pun masa episod 1 tadi, yang semua soalan ni sengaja tak mahu dijawab. Kalau dijawab nanti, cerita lain pula jadinya, diam lebih baik. Nak kata kadi tak pandai jawab ker, katalah. Soalan ini pun melalui facebook. Identiti perempuan ini pun tak dikenali sangat.

Lagi satu, tak mahulah apa yang kadi jawab nanti, jadi modal atau  hujah masa dia perang mulut dengan suami dia. Contohnya pasal balik raya. Kalaulah kadi jawab yang suami kena adil dan bergilir-gilir antara rumah isteri pertama dan kedua.

Jawab memang senang, nak dikeluarkan dalil pun bukan susah. Tapi nanti kalau dia gaduh, isteri kedua jawab, dia dah rujuk Kadi dan kadi kata, tahun ni kena beraya di rumah isteri kedua, kan susah juga. Kalau kadi nak jawab kasi sakit hati isteri kedua ni senang aja, jawab jer macam ni...

'Itulah.... dulu nak sangat jadi isteri kedua, sekarang kan dah payah"

Hehe.... tapi tak ler terkeluar perkataan macam tu, nanti jadi gaduh pulak. Biarlah, si isteri kedua ni nak mengamuk ker, nak hempas komputer ker, kadi diam jer, sepatah pun tak jawab. Maka diam lebih baik dari menjawab-menjawab ni. Oleh kerana Kadi diam, terasa hati sangatlah orang yang bertanya.

Apa? Ingat orang yang tanya ni saja-saja gatal nak tanya ker. Bukan sehari dua fikir dan karang ayat untuk susun soalan. Menaip pula tu sambil keluar air mata. Apa? Ingat orang buat-buat sedih ker. Sedih sampai hulu hati tau, jadi isteri kedua terutama time hari raya ni. Balik kampung berkurung dalam bilik macam anak dara jer, malas nak layan soalan orang yang datang beraya.
SEKIAN.

.....................................................................................

(Hendak diberitahu di sini, cerita ini tiada kaitan atau tiada kena mengena dengan sesiapa. Jauh sekali ada kena mengena dengan diri penulis sendiri, hehe. Yang kelakarnya, ada juga orang kata penulis sudah kawin dua senyap-senyap sebab itu tulis cerita ini, kena nafikanlah. Anggaplah cerita ini hanya hiburan untuk mengisi masa lapang saja)

8 ulasan:

  1. Bestlah cerita tok kadi ni. Menarik dan ada bakat tok kadi ni. Boleh jadi penulis terkenal ni.

    BalasPadam
  2. Ingatkan kisah beraya dalam kereta jer bila isteri pertama dan kedua merajuk. Hehe

    BalasPadam
  3. Orang perempuan ini memang tak bagi suami kawin dua Ustazzz. Jadi kalau nak kawin dua ini kena senyap-senyap kawin. Dah kawin kalau isteri pertama tahu tu, biarlah tahu. Yang penting dah nikah satu lagi. Ramai kawan-kawan saya macam tu termasuk pegawai kerajaan dan termasuk juga ustaz-ustaz buat macam ni.

    BalasPadam
  4. Layan suami bagus-bagus tak mahu. Jaga kecantikan tak mahu. Tup Tap... bila suami dah kawin lagi, tak boleh buat apa. Nasi dah jadi buburrr.

    BalasPadam
  5. Tok kadi kalau nikah sorg lg pun okey, xder apa salahnya, org lain jer kata salah. Tok kadi jawatan ada, muka pun hensem, tak gitu ker tok kadi.....

    BalasPadam
  6. Sejujurnya tullisan ustaz sangat menarik dan dapat perhatian ramai. Teruskan menulis ustaz terutama bab2 kawin dua ini. Tak pernah saya jumpa tulisan yg lebih menarik seperti ini. Ustaz sebenarnya adalah seorang yg berbakat dlm penulisan dan sepatutnya menjadi penulis buku terkenal.

    BalasPadam
  7. Salam Ustaz Tok Kadi,
    Hari ni hari pertama saya terserempak dengan blog tuan ini. Sangat menarik sekali. Tulisan tuan memang ada kelas.

    Salam dari,
    Wan di perantauan

    BalasPadam
  8. Terimakasih Wan. Jemputlah jadi rakan fb saya d kenalkan diri.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.