23 Jun 2014
Bapa Tukar Fikiran Tak Mahu Jadi Wali, Pernikahan Tergendala (Episod 1)
Bila lihat semula telefon saya, ada 7 panggilan yang saya tak jawab tadi. Saya tak dengar bunyi telefon tadi. Saya kenal pemanggil itu iaitu salah seorang jurunikah. Agak saya, ada suatu yang penting sehingga telefon kadi hari-hari cuti seperti hari itu. Tak lama kemudian, jurunikah itu telefon saya semula dan saya terus jawab.
"Tuan Kadi.... pasangan pengantin ini datang rumah saya bersama bapa bakal pengantin lelaki. Pernikahan akan berlansung jam 10.30 pagi esok. Tapi masalahnya, pasangan ini mengadu yang bapanya tidak mahu menjadi wali sedangkan sebelum ini dia setuju. Bagaimana nak buat Tuan kadi" Cerita imam itu agak panjang dengan bahasa sleng-sleng Jawa sikit.
"Kalau begitu, pernikahan tidak boleh dilansungkan esok. Kecualilah bapa dia setuju untuk jadi wali sehingga pernikahan esok jam 10.30 pagi. Harap diselesaikan masalah wali ini kerana bapa dia mesti jadi wali. Kalau bapa tak mahu, maka tak sahlah pernikahan itu". Jawab saya.
"Okey Tuan kadi, saya sedang bincang dengan keluarga pengantin ini. Terimakasih". Jawab jurunikah ini mengakhiri perbualan.
Ohhhh... ada juga masalah begini dalam masyarakat yer. Saya malas nak tanya apa masalah pasangan dan keluarga mereka ini. Katanya, ada buat majlis makan-makan sederhana besarnya di rumah pengantin perempuan pada hari pernikahan. Tapi kenapa bapa dia tak setuju yer. Malaslah nak tanya apa masalah mereka. Yang penting adalah, mereka selesaikan masalah mereka sendiri.
Tapi... apa berlaku kepada perkahwinan mereka ? Masa masih ada lagi, hampir 24 jam masanya sehingga majlis pernikahan yang dijadualkan esok.
........BERSAMBUNG KE EPISOD 2, KLIK SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalammualaikum tuan.
BalasPadamsekiranya ayahnya tak setuju, boleh kah kita tukar kepada yg lain..macam abg lelaki ke..adik lelaki ke..pak sedara ke..
Kalau wali yg sepatutnya adalah ayah, tidak boleh tukar pada org lain seperti abang.
BalasPadamterima kasih ustaz atas pencerahan tersebut
BalasPadam