24 Jun 2014
Cerai Selepas Dua Bulan Bernikah
Pasangan lewat 20-an bercerai selepas hanya 2 bulan berumahtangga. Bila ditanya apakah punca perceraian, katanya tidak ada persefahaman. Tak perlulah kita tanya lanjut kerana apa-apa pun mereka dah bercerai.
Semasa cerai tu mereka rasa tidak mengandung, tetapi selepas sebulan bercerai, perempuan itu dapati dirinya mengandung pula selepas bidan periksa. Ops sori, bukan bidan tapi macam misi di klinik kerajaan. Perempuan itu pun mabuk-mabuk.
Tempoh Edah Perceraian
Nak cerita sikitlah ni, bukan nak bebel yer, tapi nak tegur sikit kepada orang-orang tertentu. Tak lama dulu, ada satu drama Melayu yang disiarkan di TV. Lebih kurang drama ini bermaksud, talak atau cerai tak jatuh kalau isteri dia tengah mengandung. Ini semua tak betul. Tak kiralah apa keadaan isterinya itu, kalau sempurna lafaz talaknya, maka jatuhlah talak.
Lepas ni, penerbit drama atau penulis novel ker, kenalah berhati-hati mengenai hukum perkahwinan dan perceraian ini sebelum buat satu cerita. Yang jadi kesannya adalah masyarakat. Sampai saya pelik, kenapa masa tu ramai sangat orang tanya dalam FB saya mengenai jatuh atau tidak talak masa perempuan mengandung.
Cuma nak jelaskan di sini yang hukum menceraikan isteri semasa mengandung atau isteri itu dalam keadaan disetubuhi selepas suci, hukumnya haram. Nak jelaskan di sini, walaupun haram, perceraian tetap sah, bukan tak sah macam drama tu maksudkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Owwhh.. Baru tahu sah rupanya walaupun masa mengandung. Good info.
BalasPadamDrama asal boleh jer...dulu ada drama waktu petang-petang...Bapa pengantin lelaki kata tak leh nikahkan anak lelakinya sebab dia bukan ayah sebenar...jadi tak boleh jadi wali. Mana ada pengantin lelaki guna wali....yang kena jadi wali kan ayah pengantin pempuan.
BalasPadamEx husband ceraikan saya semasa mengandung 8 bln..katanya byk kes mcm ni sbb edahnya pendek..dah x thn dah so ceraikan jer..dia tinggalkan sy keseorangan selama 2 mggu..kemudian blk hanya selama 15 minit hanya utk ceraikan saya..saya pun pelik, senang jer seorang suami tu ceraikan isteri tanpa peduli keadaan isteri..baru saya tahu haram hukumnya..namun talak tetap jatuh..slps anak ni lahir maka edah pun tamat kan ustaz..takpalah saya redho..ini bahagian saya di dunia ini..doakan saya tabah..
BalasPadam