Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Jun 2014

Beli Rumah Lelong (Episod 12): Johor Bahru Pelaburan Hartanah Terbaik Sekarang

Sudah agak lama saya tak menulis pasal rumah lelong ni. Dalam pada itu, ramai yang tanya soalan pasal rumah lelong dan saya taklah berdiam diri saja. Pertama, rumah lelong semakin kurang sekarang berbanding tahun 2008 dan 2009 iaitu saya mula berkecimpung dalam rumah lelong ini. Alhamdulillah, rumah yang saya beli beberapa biji pada masa lebih kurang 4-6 tahun, sekarang nilainya sudah mencapai 3 kali ganda. 

Saya nak beritahu satu tips kepada yang bercita-cita membeli hartanah, iaitu Johor Bahru adalah destinasi pelaburan hartanah yang terbaik saya rasakan. Hartanahnya masih banyak, harga tidaklah terlalu mahal lagi dan boleh untuk dijadikan pelaburan yang menguntungkan. Bagaimanapun, jangan lupa, belilah dengan cara mengukur dengan kemampuan sendiri, bukan dengan hawa nafsu semata-mata.

Rabu lepas, di kondo saya, saya lihat di seberang iaitu sebelah blok saya ada iklan nak jual rumah. Saya pun telefon dan dia kata harga lepas diskaun adalah RM 195,000. Ermmm.... nak tahu tak, rumah yang saya beli tahun 2008 jenis yang sama hanya RM 79,000 sahaja. Itu satu contoh. Betullah saya untung dan kalau saya nak duit tunai sekarang, nampaknya sudah boleh. Tapi saya rasa rumah di JB sekarang semakin mahal dan kalau saya jual hari ini, saya pun tak ada rancangan untuk apa saya nak guna dengan duit tu. 

Mungkin orang boleh kata, lebih baik saya beli kereta yang mahal dan berasa megah bila berada dalam masyarakat. Pada saya, kereta yang saya ada sekarang sudah cukup baik. Saya suka berfikir panjang sebelum memiliki sesuatu. Kereta idaman saya adalah Peugeot dan sekarang saya sudah pakai Peugeot 407. Ramai orang kata kereta saya mahal sebab dia orang tak mengikuti secara dekat kereta ini. Pada tahun 2005, harga Peugeot itu adalah dalam RM 165,000 tapi pada tahun lepas, tahun 2013 bulan Mei, harganya sudah jadi RM 45,000. Maka saya belilah dengan pinjaman bank.

Saya juga bercita-cita nak pakai Peugeot 508 yang dapat anugerah kereta terbaik 2000 cc tahun lepas. Tapi sekarang saya tak sanggup beli kerana harga dia RM 145,000 dan secondhand ada yang harga RM 119,000. Saya tetap simpan cita-cita saya untuk memiliki kereta ini dengan harga yang jauh lebih murah dalam 2-3 tahun lagi dengan harga sekitar RM 50,000 untuk kereta yang lebih berkualiti dan laju, Peugeot 508.

Perbezaan Beli Kereta dan Rumah

Saja saya buat cerita pasal kereta kerana antara kereta dan rumah kita tahu perbezaannya. Rumah harganya stabil tapi kereta pasti turun harga. Tapi kita mesti ingat bahawa beli rumah ini tidak semestinya untung dan sudah ratusan ribu orang muflis kerana pinjaman perumahan. Maknanya bukanlah semestinya untung beli rumah ini. Kalau untung, takkanlah jadi kes mahkamah dan rumah kena lelong.

Sekali lagi saya nak ulang, bahawa beli rumah ini kena ada 3  perkara. Kalau tak ada 3 perkara ini, tak payahlah beli rumah, elok simpan duit lagi bagus. Pertama, rumah yang kita beli ini ada nilai harga yang tinggi. Contohnya, kalau rumah di JB, nilainya tinggi. Sangat beruntung kita beli rumah dengan harga murah sedangkan nilai sebenar dia adalah tinggi. Jadi, kalau satu hari nanti kalau kita nak jual, maka kita dapat untung dengan harga yang makin meningkat.

Kedua, kita boleh sewakan rumah ini dan dapat untung. Contohnya kita beli rumah di JB dengan ansuranbulanan kepada bank sebanyak RM 800 dan kita dapat sewa rumah ini dengan harga RM 900, itu namanya untung. Tapi kawan saya, dulu mengajar di sebuah sekolah agama di Kluang dengan ansuran bulanan RM 900 sebulan. Dan dia sewakan RM 400 sebulan rumah itu. Itu namanya rugi. Bila saya kata pada dia, ini pelaburan yang rugi, dia jawab yang dia tak rugi sebab dia ada rumah yang orang Melayu panggil, ada aset. Okey, sudah lebih 10 tahun dia keluarkan 500 sebulan untuk mencukupkan ansuran bank dia, maknanya dalam setahun 6000 dan 10 tahun 60 000. Duit 60,000 ini kalau beli tempe, dapat makan satu kampung berpuluh-puluh tahun. Sewa rumah pula bukanlah naik dan bukan budaya kita naikkan sewa rumah kalau ada orang duduk.

Ketiga, kita boleh duduk rumah itu kalau tak ada orang duduk. Ini nak cerita juga yang ramai orang kita yang ada rumah tapi tak mahu duduk rumah itu. Ada kawan saya di JB, sewakan rumah dia dengan harga 500 sedangkan dia sewa rumah lain 900. Bila saya tanya, kenapa tak duduk rumah itu, dia jawab rumah itu kurang selesa berbanding rumah sewa itu. Orang ini datang jumpa saya khusus untuk dapat nasihat perancangan kewangan. Jadi saya sentuh banyak aspek termasuk sikap orang kita sendiri yang terlalu manja. Minta maaflah kalau ada orang yang terasa. Saya ini kekadang mulut lepas sikit.

Orang ini hanya ingin sikit selesa sehingga mengalah dan terpaksa duduk rumah lain dengan bayaran yang kebih tinggi. Kita sepatutnya harungi hidup ini walaupun ada kepayahan. Rumah dia itu saya tak nampak sangat tak selesa cuma kecil sedikit sahaja berbanding rumah yang dia sewa. Orang kita, kalau ada duit sikit, mulalah nak bergaya sikit. Saya cadangkan supaya dia jual atau duduk saja di rumah itu. Akhirnya dia duduk juga rumah itu setelah beberapa tahun menyewa. Sepanjang menyewa itu, dia hampir tidak ada wang simpanan dan sering ketiadaan wang belanja.

Masalah Rumahtangga dan Hampir Bercerai

Seorang isteri pula mengadu kepada saya yang suaminya seorang penjawat awam, gaji kira-kira 3000 tapi tak pernah cukup untuk keperluan keluarga. Katanya sekarang, si isteri banyak bersusah payah dengan gaji isteri RM 2500, terpaksa isteri gunakan wang untuk membiayai keluarga. Sekali fikir, dengan pendapatan lebih 5,500 dalam keluarga ini, nampak macam besar, tapi sebenarnya tak cukup untuk keperluan harian.

Ke Mana Wang Dia Habis?

Saya nak beritahu yang dia duduk di rumah mahal dan baru di Kluang yang baru dibeli. Suami dia bayar ansuran bulanan rumah hampir RM 1100. Bila ditanya kenapa tak duduk menyewa saja, dia bilang, sudah lama menyewa dan kalau kumpul duit sewa dah boleh beli produk D'Herb terlajak laris. Suami dia juga bayar kereta 600 sebulan. Suami dia ada 2 personal loan hampir 1000 sebulan. Maka baki gaji suami dia adalah 300 ringgit saja.

Gaji si isteri saja, bayar kereta buatan Malaysia 500, ada personal loan 500, bakinya 1500. Duit itulah untuk belanja anak 4 orang termasuk makan minum kat rumah, duit isteri juga. Itu belum kira duit tepi-tepi dengan minyak kereta, servis kereta, roadtax, sarapan kat restoran mamak, lefrik, astro, air, telefon internet dan lain-lain. Maka belum cukup tarikh gaji pun, poket sudah kosong. Masa inilah mengamuk kat laki dan mengadu kat Kadi. Yang sedapnya, Kadi lambat sikit jawab soalan dia, Kadi pulak kena marah. Lepas tu dia malu sendiri. 

Duit Habis Kat Rumah

Kawan-kawan satu tempat kerja ramai duduk kat situ dan selalu cerita kat opis yang ada rumah baru. Maka suami pun tewas dan beli juga. Kebetulan pinjaman perumahan dia senang jer lulus. Kalau orang kata jangan beli rumah, dia tembak balik dan tuduh yang penasihat macam ni adalah nak lemahkan kita kononnya.

Sekarang dia suami isteri dalam krisis. Puncanya bukannya Mak Janda yang flat kereta JND tu, tapi masalah kewangan masing-masing. Bila dibincangkan pasal kesilapan dia beli rumah, sekali lagi dia menafikan, dia kata, dia beli rumah tidak silap, tapi suami dia yang kuat enjoy, katanya.

Kalau nak cari pengelesaiannya supaya kembali semula ke rumah sewa 350 sebulan berbanding 1100 sebulan sekarang, mengamuk isteri dia. Tapi sebebarnya, pada saya, itulah yang lebih baik dalam hidup dia daripada terus hidup dalam bebanan hutang. Biarkanlah hal rumahtangga mereka dan kita lihatlah episod seterusnya nanti, bagaimana usia perkahwinan mereka. Sekarang pun sudah retak dan hampir musnah kalau tak betul-betul.


6 ulasan:

  1. assalammualaikum
    banyak tips nih. tq ustaz

    BalasPadam
  2. Saya sokong ustaz. Saya dah cuba buat, Skrg saya ada 1 rumah 4 bilik yang saya duduk sendiri dan 2 rumah flat yang disewakan. Almaklum baru belajar nak kumpul aset

    BalasPadam
  3. Tips yang sangat berguna untuk masa depan yg lebih terjamin.

    BalasPadam
  4. saya duduk di bandaraya pun beli rumah flat jer...dah itu jer yang mampu...kereta pun hanya mampu beli kereta buatan Malaysia. Alhamdulillah sampai skrg ni ok la juga...

    BalasPadam
  5. Saya suka tulisan ustaz. Biar kereta tak mahal tapi gaji masih cukup walau akhir bulan. Biar beli rumah bila berkemampuan, untuk elak krisis yang remeh. Biasanya di pejabat saya iaitu kerajaan, mentaliti depa ni paling muda beli rumah, kira berjaya sangat dalam hidup. 30 an dah ada rumah, wah megah rasanya. Tinggi pangkat maka kena beli rumah besar. Haisshh pening memikirkan. Buat dek je la ustaz.

    Ada studi juga pasal rumah lelong, tapi tak berani lagi nak cuba. InshaaAllah tahun depan, lepas abis utang kereta, boleh la berjinak2.. doakan ya ustaz.

    BalasPadam
  6. As'Salam ..Slmt pagi tuan..Sy sdh add tuan di fb..Sy memerlukan bantuan tuan sekadar segera dalam lelongan hartanah..Bagaimana cara saya nak menghubungi tuan ..t.kasih.. Email sya eynaaryna74@gmail.com

    BalasPadam

Dipersilakan komen.