Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Disember 2016

Beromen Dalam Kereta Dengan Kawan Sekolah

Seorang lelaki umur 18 tahun dan masih bersekolah tingkatan 6 keluar bersama perempuan yang juga umur 18 tahun dan satu tingkatan dengannya di sekolah yang sama. Mereka berkenalan sebagai kawan sekolah seperti biasa. Kawannya mengetahui yang mereka berdua pasangan kekasih. Semasa cuti sekolah bulan Disember, mereka sering mengambil kesempatan untuk berjumpa di luar berdua.
 
Pada malam itu, masing-masing memberi alasan kepada keluarga masing-masing untuk pergi ke majlis kahwin kawannnya. Bagaimanapun mereka telah pergi ke sebuah restoran di Pusat Perdagangan Pontian iaitu berhampiran pantai.
 
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Pontian (JAIJ) setiap hari membuat rondaan di lokasi berkenaan dalam operasi maksiat. Kebiasaannya terdapat pasangan yang 'buat kerja' di dalam kereta, atas moto atau di tepi laut berkenaan. Perkara seperti ini telah mencemarkan nama baik kawasan berkenaan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai terutama waktu malam.
 
Kena Tangkap
 
Pada jam 1.40 pagi, penguatkuasa telah melihat dari jauh sebuah kereta yang berhenti dan enjinnya dihidupkan. Penguatkuasa nampak dalam cahaya bulan yang agak terang iaitu sesuatu yang mencurigakan. Apabila penguatkuasa dan kenderaannya menghampiri kereta tersebut, dilihat lelaki berada di tempat pemandu tetapi sebahagian badan dan kepalanya dialihkan ke kerusi sebelahnya. Lelaki ini bingkas bangun dan terkejut dengan kehadiran penguatkuasa. Ditemui di kerusi sebelahnya adalah seorang perempuan dalam keadaan kerusi dibaringkan. Kedua-duanya ditangkap oleh penguatkuasa setelah didapati tiada hubungan mahram. Pasangan ini bakal didakwa di Mahkamah Syariah Pontian dalam tempoh terdekat.
 
Ulasan dan Pengajaran
 
Kepada ibu dan bapa perlulah menjaga pergerakan anak-anak terutama dalam usia meningkat remaja ini. Anak-anak sanggup membohongi ibu dan bapa dengan mencipta alasan untuk melakukan perkara seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.