Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Oktober 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 47

Yanti terus turun dari tangga dan kakaknya sempat menepuk bahu Yanti membuatkan Yanti berhenti.

"Okey. Kakak hantar Yanti balik". Kata Azizah ringkas.

Kemudian mereka ke kereta yang dipandu suami Azizah terus menuju ke KL. Dalam kereta, Yanti sepatah pun tidak berkata apa-apa, cuma Azizah dan suami saja berbual perkara-perkara lain di kerusi hadapan. Yanti terus menangis sepanjang perjalanan itu dan kemudiannya terlelap. Jaga saja, kereta sudah membelok ke simpang menuju ke rumah Yanti dan tak beberapa lama lagi sampai.

Sampai saja di depan rumah, Yanti buka pintu dan keluar. Dia sepatah haram pun Yanti tak bersuara, Azizah memandang saja kelakuan Yanti sehinggalah Yanti masuk ke rumah.

"Kesian tengok Yanti tu" Kata Azizah dalam perjalanan balik ke rumahnya di Shah Alam.

"Yer, dia ada masalah tapi seorang pun tak faham masalah dia". Kata suami Azizah.

"Masalah ? Masalah apa tu bang ?" Tanya Azizah.

"Abang tahu, semua orang tahu apa masalah Yanti, tapi buat-buat tak faham kan ?" Kata suami Azizah.

Azizah terdiam, seakan kurang bersetuju dengan kata-kata suaminya itu. Tak lama kemudian, Azizah mula berkata-kata.

"Berkenaan Yanti dan Mat Burger tu kan ? Itulah masalahnya yang abang fikirkan ?" Kata Azizah.

Suaminya mengangguk saja tanpa berkata.

"Itu masalah yang Yanti cari sendiri dalam hidupnya. Kenapalah dia boleh jatuh cinta dengan Mat Burger tu ? Bukan tak ada orang yang nak kat dia tu, ramai. Tapi pada Mat Burger tu juga dia nak. Sekarang, dia sendiri yang terpaksa terima semua tu.." Kata Azizah.

Suaminya terus terdiam seakan tahu, itu bukan berbual lagi tapi sudah masuk ke gear membebel. Bila dah masuk bab tu, suami pun macam taknak layan dan dalam hatinya biarlah cepat berhenti bebelannya itu.

"Kami adik beradik bukan taknak terima lelaki pilihan Yanti tu, tapi boleh ke kita adik beradik menerima Mat Burger tu ?  Yanti ni pun keras kepala juga, tak hormati cakap adik beradik" Kata Azizah. Suaminya terus diam dan mula buat-buat tak dengar, lagipun soalan itu rasanya tak perlu dijawab.

"Tak patut Yanti buat pada Fuad begitu, Fuad kan abang kandung, bukan orang lain. Tambah sekarang dia dapat kemalangan, kenapalah Yanti masih simpan dendam pada Fuad." Kata Azizah lagi.

Suaminya masih diam sambil memandu, kemudian membuka radio kuat sedikit. Azizah nampak reaksi suaminya yang tak berkenan dengar ceritanya lagi. Tak lama kemudian Azizah dapat panggilan telefon dari abangnya Kamal yang berada di hospital Bentong. Diberitahu, Fuad selamat tetapi masih koma. Fuad mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang mendapat rawatan. Semua belum dibenarkan melawat.


Dalam hati suami Azizah, ada suatu yang nak dicakapkan, tapi bimbang kalau kalau Azizah terasa. Suaminya perlu fikir panjang dulu sebelum memastikan ayat yang bakal dikeluarkan adalah yang terbaik. Jangan sampai nanti boleh gaduh dengan isterinya.

"Azizah... Apa kata kalau kita terima saja Mat Burger tu sebagai suami Yanti ?" Kata suami Azizah.

Azizah tergaman bila mendengar suaminya berkata begitu. Selama ini, suaminya tak pernah bicara pasal Yanti dan jodoh Yanti walaupun tahu suaminya tahu mengenainya. Menyirap juga darah Azizah bila suaminya kata begitu. Hilang sabar juga Azizah dibuatnya, dahlah perut tengah lapar ni. Tapi bila difikirkan itu suami, Azizah sabar dan taknak jawab. Bimbang kalau jadi gaduh nanti.

Tapi Azizah terfikir juga, ada betulnya kata suaminya itu. Kalau benda lain, dia dengar cakap suaminya tapi dalam bab ni kenapa pulak nak tolak bulat-bulat.

Bagaimana kesudahan cerita ni, macam dah nak habis jer cerita ni...

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 48

4 ulasan:

  1. alah..crita trhenti..sy xsaba nk baca cite seterusnye..

    BalasPadam
  2. hehe Mcm kita pulak ada kt sana siap boleh bayangkn cm mana keadaan2 dlm cite ustaz ni.

    BalasPadam
  3. dari mule smpai skg sye bace cite ustaz mmg snrok
    tp mkn lme mkn sakit hati dgn semua org yg hine mat..isk2
    knpe x terime jew mat burger 2??????????


    p/s `huhu`
    no harm =)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.