Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Mac 2011

Anak Penerima Bantuan MAIJ, Bapa Kena Tangkap Nombor Ekor


Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 200 lagi.

Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke sekolah. Semua itu duit MAIJ bukan duit saya sendiri tapi duit orang Islam yang lebih tepat ada duit pembayar zakat. Maka atas kesusahan keluarganya, MAIJ bantu.

Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas beli nombor ekor bernilai seringgit. Ingat, seringgit ker, banyak ringgit ker, haram tetap haram. Dah kena tangkap salah tetap salah juga.

"Tuan. Boleh ker kes saya setle luar ?" Kata lelaki ini.

"Setle luar ? Macammana tu ?". Tanya saya walaupun dah faham apa maksud dia.

"Saya bayar, tak payah masuk mahkamah. Boleh ker ?" Kata orang ni.

"Ohh tidak, tak payahlah buat macam tu. Pergilah ke mahkamah pada tarikh yang dah ditetapkan tu". Kata saya.

Janganlah nak cari pasal, nak setle luar pulak. Kesnya beli nombor ekor, jangan sampai nak setle luar, nanti jadi kes SPRM pulak, lagi dia susah. Nasib baik dia terus diam, kalau dia nak setle luar juga lepas diberitahu, tak pasal-pasal nanti saya tangkap dia kes rasuah pulak.

"Tuan, majikan saya tak bertanggungjawab dah atas saya masa saya kena macam ni". Kata dia macam nak luahkan perasaan dia.

"Kenapa pula majikan nak bertanggungjawab, dia ada bersubahat ker dalam kes  ini ?" Tanya saya.

"Tidak". Jawab dia.

"Kalau kamu dah terlibat kes macam ni, memang patut pun majikan tak masuk campur. Majikan kamu bukan suka orang main nombor ekor, memang patut pun dia taknak masuk campur". Kata saya.

Patutnya kenanglah jasa MAIJ yang dah beri bantuan pada anak dia yang sepatutnya persekolahan anak dia, bapalah yang kena tanggung. Tapi bapa ni jenis tak mau ingat semua itu, lebih rela duit dihabiskan kat kedai judi jer. Ini isteri dan anak-anak belum tahu kes dia. Kalau dah tahu, tak tahu macam manalah. Kalau anak tahu tapi tak bersuara pun, bimbang nanti anak besar, anak pun jadi kaki judi macam bapa dia juga. Tak mustahil...

Cerita yang saya paparkan ini bukan hendak memalukan seseorang, tetapi baik jadikan pedoman, buruk jadikan sempadan. Kita seharusnya bersyukur tinggal di negara yang meletakkan institusi zakat di tempat yang tinggi dan mulia. Tetapi janganlah kesenangan ini menjadikan kita leka dan melakukan maksiat yang boleh mencemarkan istitusi agama yang mulia ini.



.......................................................................................................................

CERITA PALING POPULAR DALAM BLOG INI :

Sudah Nasibku Mat Burger

Bapa Paksa Hantaran 10,000

5 ulasan:

  1. Hidup ketika saat susah boleh jadi macam2 maksiat sampingan akibat hasutan iblis jika tidak kuat iman.
    Mungkin maksiat judi dianggap saja untuk bersuka2 atau tidak membabitkan jenayah 'mengganggu orang' menyebabkan judi jadi popular kepada orang2 yang didalam kesempitan hidup atau yang mahu cepat jadi kaya tanpa susah payah bekerja, walaupun tahu bukannya mudah kemungkinan untuk menang berjudi - hanya satu kali dalam beribu kemungkinan. Memang amat mustahil setiap orang boleh jadi kaya kerana berjudi, hanya tokeh judi sahaja yang kaya.

    BalasPadam
  2. adalah lebih baik tuan maafkan dia..mungkin anggapan tuan,tuan adalah benar..tetapi tidak kah tuan sedar tuan telah menambahkan lagi beban di atas bebanan yang dia tanggung...kalau tuan bebaskan dia mungkin dia akan insaf tetapi dgn mendakawa dia di mahkamah akan menyebabkan dia di buang kerja...adakah tuan sanggup nak lihat anak dan isterinya kebulur...ingatlah pesan NABI SAW memaafkan adalah lebih baik dari menghukum..

    BalasPadam
  3. Yang kena tangkap akan didakwa sekiranya Pendakwa Syarie merasakan ada kes. Kesian pada pekerjaan dia, kesian juga tapi dah salah, kenalah diambil tindakan.

    BalasPadam
  4. Sabda nabi yg bermaksud,"Jgnlah kamu pandang akan besar @ kecil dosa kamu,tapi pandanglah kepada siapa kamu berdosa."

    BalasPadam
  5. Biasanya ketagih judi mmg susah utk ditinggalkan begitu juga rokok.. MAIJ telah jalankan peranannya.. Kadang2 klu dia ni masuk penjara ada hikmahnya, belajar agama & pratikal tanpa pengaruh2 luar..Klu dia istiqamah >40 hari boleh hilang ketagih kot..Pihak Penjara kena pantau & kasi push supaya patuh dgn prog2 agama dll, supaya bila keluar nanti insyaAllah berubah & benci judi, rokok dll.. Mungkin boleh jadi bilal di suraunya.

    Istri & keluarga2nya yg tinggal pihak MAIJ boleh pantau, carikan isteri kerja yg dia mampu buat, & beri duit zakat tu kat isterinya . Biasanya org perempuan lebih pandai urus duit.. Kena pantau..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.