Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 April 2011

Saya Kerja Bank ?


Masa pergi beli barang tadi, seorang juruwang wanita menegur saya.

"Sikit saja beli hari ini ?". Kata wanita itu.

"Yerlah, barang ni dah habis kat rumah". Kata saya.

Dia tegur saya sebab saya beli dua jenis barang saja kat pasaraya tu. Kemudian dia cakap lagi.

"Abang ni kerja bank ker ?" Tanya dia.

"Taklah, kerja biasa-biasa jer". Kata saya.

Hairan juga kenapa dia tanya soalan macam tu, kenapa dia kata saya kerja bank ?

"Kenapa dengan kerja bank dik ?" Tanya saya.

"Tak apa, nak tanya, kalau kerja bank nak tanya pasal pinjaman bank saya". Kata dia.

"Pinjaman apa tu ?". Tanya saya.

"Pinjaman sendiri, pinjaman peribadi, bank tu tolak". Kata dia.

"Oh gitu, kalau gitu kena tanya bank lain pulaklah. Mana tahu bank tu boleh kasi". Kata saya.

1 ulasan:

  1. dia nak ngorat sebenarnya tuh. dah selalu terkena tapi yang jadi mangsa akhirnya pemancing tuh sendiri gara2 kurang cekap putar belit, kasihan...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.