Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 November 2011

Akibat Ibu Bapa Bercerai dan Rujuk Tidak Daftar, Anak Jadi Ragu-ragu

Adik beradik lelaki dan perempuan mengadu kerana sangat ragu mengenai status perkahwinan ibu bapa mereka. Ibu dan bapanya pula sudah meninggal dunia. Anak pula dapat tahu cerita ini melalui orang lain iaitu keluarga terdekat.

Ceritanya, dulu ibu dan bapanya sudah bercerai kira-kira 20 tahun dulu. Lepas bercerai, mereka tidak mendaftarkan perceraian itu dan diam-diam saja. Lepas itu, ibu dan bapanya duduk sama macam suami isteri. Adik beradik mak ayah kata, mereka dan rujuk semula sendiri-sendiri dan tidak didaftarkan.

Sebelum bercerai itu, ada beberapa orang anak dan selepas cerai dan rujuk itu pun ada anak juga. Masalahnya sekarang, anak ragu-ragu terutamanya anak-anak yang lahir selepas ibu bapanya bercerai itu. Masalah makin rumit, apabila sekarang kakaknya hendak bernikah dengan menggunakan wali adik lelakinya yang lahir selepas ibu dan bapanya bercerai ini.

Persoalannya di sini :
1. Adakah berlaku perceraian itu ? Jawapannya, entah, nak ditanya mak dan ayah pun, mereka dah tak ada.

2. Adakah sah rujuknya ? Juga entah.

3. Anak yang lahir selepas cerai itu, adakah anak sah taraf ? Jawapannya juga susah, kerana anak-anak sendiri yang mempersoalkannya.


Ulasan saya

Saya tak  mahu ulas panjang kes ini kerana sangat meragukan. Aduan dibuat apabila anak-anak hendak bernikah, dahulu tak buat aduan. Cuma nasihat saya, kalau berlaku perceraian di mana-mana sekali pun, maka daftarlah segera, sama ada suami atau isteri, atau orang lain yang tahu cerita ini. Jangan tunggu lama macam kes ini, hingga yang dikatakan bercerai tu dah meninggal dunia.

6 ulasan:

  1. zaman skarang pun masih ramai pasangan yg cerai dan rujuk sendiri....ilmu agama tu penting kalau kite faham konsep cerai dan rujuk insyaallah tiada masalah..apepun rujuk pada pejabat khadi sebgai pengesahan..

    BalasPadam
  2. yea...
    setuju tu..
    penting tu...

    jangan ikut ajaran 'Shah Bunga'...
    hantamm keromoo... 21 beb....
    tunggang langgangg...
    terlentang... terlingkupp !!... huhu !!

    BalasPadam
  3. Syukur alhamdulillah, dgn adanya blog ustaz ni banyak ilmu dapat, & boleh pulak sampai2kan kat org lain. Teruskan ustaz. Terima kasih juga pada yg memperkenalkan blog ustaz ni kpd tok. Panjang jariahnya.

    Tok pun telah war2kan blog ustaz ni & akan meneruskan insyaAllah.

    Atas kita le utk menfaatkan kemudahan IT ni samada utk dapat redha Allah atau sebaliknya. Sbb selain tulisan2, you tube yg bagus2 pun sangat le banyak sekarang ni.

    Tok ingatkan diri tok & anak2/cucu2 pembaca, selain manfaatkan kemudahan IT ni, jgn lupa campor masy, musafir dll, kerana dgn cara tu ilmu tu akan dipraktikan & dimanfaatkan.

    BalasPadam
  4. rujuk dan cerai ni sebenarnya amat mudah dalam islam kalau kite faham...betul memang kemudahan IT boleh kita manfaatkan untuk mendapat ilmu yg berguna selain dr yg kite belajar kat sekolah...contohnya..selalu kite dengar ataupun kat tv cite melayu pasal talak 3..selalu dikaitkan dgn cina bute apabila suami dan isteri tersebut ingin bersatu kembali..melalui pembacaan yg luas barulah kite tahu sebenarnya talak 3 yg dilafaz kan sekali gus bukanlah semestinya akan jatuh 3 kerana terdapat banyak dalil dan fahaman yg berbeza..kalau ikut mazhab shafie huklumnya skali lafaz 3 akan jatuh 3..tapi pd zaman rasulullah dulu lafaz 3 hanya jatuh satu ini kerana dalam al-quran juga tidak terkandung tentang talak 3...manusia diberi peluang atas kekhilafan yg dilakukan bg menjamin nasab dan keturunan mereka..wallahualam..sekadar membuka minda kite...same2 kite berkongsi..

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian dari pembaca lain..sya juga baru dalam perkahwinann dan bayk yg perlu tahu..tkasih juga pda ustaz..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.