Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Mac 2012

Bapa Tak Hirau Pasal Anak, Tak Mahu Jadi Wali


Seorang bapa 50-an sudah bercerai dengan isterinya berbelas tahun dulu. Kesemua 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki dijaga oleh bekas isterinya. Kemudian lelaki ini kawin lain dan mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa serta tidak memberi nafkah kepada anak-anak dengan bekas isteri.

Kini tiba masa anak perempuannya 20-an hendak bernikah. Pada mulanya bapanya bersetuju menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan di sebuah masjid. Bagaimanapun bapanya tidak hadir pada hari berkenaan, menyebabkan pernikahan terpaksa dibatalkan. Manakala majlis kenduri terpaksa berjalan seperti biasa pada hari yang sama walaupun pengantin tidak dinikahkan.

Bagaimanapun, seminggu selepas itu barulah bapanya hadir ke pejabat kadi untuk menjadi wali kepada anaknya. Pernikahan berlansunglah walaupun sudah lewat seminggu. Anak-anaknya begitu kecewa dengan bapanya yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab dengan anaknya.

2 ulasan:

  1. jangan salahkan anak2 apabila dah x ada kudrat lagi.pengabaian nafkah , terutama kasih sayang kepada anak memang amat terkesan dalam jiwa anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari anak kecil sampai anak2 nak nikah tak berubah.
      Setuju mama desa.

      Kisah Sy Omar ramai org tau, ttg sorang bapa komplain ttg anaknya. utk berlaku adil Sy Omar panggil anaknya supaya dengar cerita drp kedua2 pihak. Last2 bapa kena tempelak.

      Wlu bagaimana pun, klu ade bapa2 begitu yg merempat bila tua, tak salah mereka tinggal di rumah keb myskt ke, sbb di situ mereka ade kawan2, belajar agama, bermasyarakat, tak le menyombong tak campor orang, dari muda sampai le tua.

      Tak bermakna anaknya tu anak derhaka. Tinggal di rumah kebj mask lagi teratur & tak de gangguan utk ibadat. Nak tak nak aje.

      Padam

Dipersilakan komen.