Dapat Duit
Akhbar yang sama juga cerita ramai pelawat dari luar datang dan ada beri duit sebagai derma. Biasalah, tuan rumah kata bukan dia mintak tapi orang bagi. Bagus juga idea ini yer, buat cerita mengarut sikit, dapat duit pulak.
Tapi nasihat saya, dah dapat duit tu, bayarlah bil air. Sebab nak pulangkan pada orang yang derma tu susah pulak.
Banyak Sangat Cerita Hantu
Saya tak setuju dengan banyaknya cerita hantu kat TV. Saya yang kerdil ini sedar yang pandangan saya bukan orang nak dengar pun, tapi saya akan terus beritahu yang cerita hantu ini hanya merugikan saja, walaupun menguntungkan pihak yang memperniagakan drama berkenaan. Disebabkan cerita hantu beginilah, orang mudah terpedaya dengan cerita misteri ini.
Jangan Sampai Rosak Akidah (Murtad, Syirik, Khurafat, Bid'ah)
Kita dilahirkan sebagai seorang Islam dan kita selalu berdoa supaya matikah kita sebagai seorang Islam. Ada banyak contoh yang saya berikan terutama dalam ceramah saya, yang ada orang lahir Islam tapi mati dalam keadaan sesat dan murtad. Contohnya, bila saya sentuh isu Ayah Pin, kita lihat yang orang berilmu pun jadi sesat, malah orang berpendidikan juga ada yang sudah meninggal dunia dalam kesesatan.
Janganlah sampai berlaku perkara murtad, syirik, khurafat, bid'ah yang sesat atau perkara lain yang boleh meruntuhkan akidah kita sebagai seorang Islam. Walaupun di negara kita, status terkeluar Islam hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah saja, tapi pernahkah kita terfikir, berapa ramai yang sudah murtad dan rosak akidah tapi tidak dibawa atau memohon ke mahkamah syariah ?
Allah Tidak Ampun Dosa Syirik
Firman Allah Taala yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik, dan Allah mengampunkan dosa yang lain sekiranya Allah kehendaki".
Syirik ini kes berat, bukan macam buat maksiat lain yang boleh bertaubat. Saya bimbang, disebabkan air atas atap punya pasal, nanti orang kita boleh syirik. Disebabkan penyakit dia sembuh sebab minum air itu, dia boleh percaya kepada kekuasaan makhluk lain yang boleh menyembuhkan penyakit selain Allah, itu boleh jatuh Syirik. Jadi sebelum terjerumus ke lembah syirik itu, bertaubatlah terlebih dahulu.
Dari Episod 1, Klik Sini
Bagus post kali ni ustaz ceramah bab akidah.
BalasPadamCiter2 pasal kawin cerai, kawin lari, remaja dicolik dll dah banyak sangat, kat paper pun balik2 citer tu.
Jadi dgn tazkirah ustaz ni, sangat2 le dialu2kan. Klu beri cntoh2 dlm bahasa yg mudah, lagi le bagus. Sbb kadang2 tak sengaja boleh tergelincir akidah.
best entry kali ini.. usatz.. banyaklah entry yg beri takzirah.. pendek2 pon tak apa.. betul tak ?
BalasPadammisteri terjawab juga akhirnya...
BalasPadamNk ulas apa utz jwb la dulu
BalasPadam