Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 September 2012

Filem Hina Nabi Muhammad, Apa Agenda Mereka ?

Saya dah tonton filem itu yang boleh ditonton di youtube. Sekali tengok saja, saya dah tak sanggup nak tengok kali kedua. Semuanya cerita penipu yang difilemkan oleh musuh Islam. Siapa pemilik youtube dan laman-laman kesukaan kita di internet ? Adakah orang Islam punya ? Cuba senaraikan, yang mana satu orang Islam punya... Kalau orang Islam punya, adakah dapat sambutan hebat seperti youtube atau facebook.
Ada beberapa video di youtube yang hanya berada beberapa minit saja di sana, kemudian dibuang oleh pengendali youtube. Katanya disebabkan bantahan seseorang atau institusi atau negara kerana beberapa isu. Tapi, kenapa pula dalam video menghina Islam seperti ini dibiarkan oleh youtube ?
Sudah lama berada di Youtube
Video yang menghina nabi itu sudah wujud di youtube sejak julai lagi iaitu sudah 2 bulan dan penonton sudah melebihi sejuta orang. Tidak dinafikan, youtube adalah video internet yang paling popular. Di facebook pun, ramai orang mengiklankan video ini, facebook juga tak sekat.
Apa Agenda Mereka
Musuh-musuh Islam nak tengok bagaimana tahap kekuatan orang Islam. Mereka tak nampak sekuat mana kekuatan iman, tapi mereka boleh nampak sekuat mana perpaduan umat Islam. Dunia Islam luas dari Asia, Afrika, Eropah malah seluruh dunia ada orang Islam. Negara orang Islam juga ada dan ada pertubuhan orang Islam iaitu OIC. Apa tindakan atau pendirian OIC dalam hal ini ?
Boikot Barang ?
Adakah tindakan boikot barang musuh Islam adalah satu tindakan yang tepat. Beberapa tahun lalu kita sudah jalankan kempen boikot barangan ini tapi apa kesannya ? Bila negara Belanda siar di akhbar mereka kartun hina nabi, kita boikot barang Belanda. Tapi kita lupa, pada masa itu, Belanda antara negera yang menjadi pelabur yang besar di negara kita.
Orang kita dalam bab boikot ini sebenarnya tak ke mana. Kita nak boikot barang orang yang bermutu dan masuki pasaran dunia tapi barang kita ada kualiti atau tidak ? Malaslah nak cerita lebih dalam bab ni sebab yang niaga keropok lekor sampai ke pasaran dunia pun bukan orang Islam, eksport belacan pun bukan orang Islam dan barang yang ada sijil halal kebanyakannya syarikat bukan Islam.
Orang Islam pula bila suruh ambil sijil halal dia kata dia dah Islam, buat apa nak ambil sijil halal lagi. Ada juga yang tak mahu bayar untuk mendapatkan sijil tu yang jumlahnya bukanlah sebanyak mana. Ada juga yang komplain kata kedai makan tu tak ada sijil halal dan jual benda tak halal, sedangkan yang mengadu tu juga ada kedai makan tapi tak ada sijil halal juga. Maaflah, bukan saya nak mengata, tapi ini kelemahan kita.

Orang Islam Mesti Menentang

Orang Islam wajib menentang penyebaran video ini. Kita boleh bersahabat dengan orang Islam selagi mereka tidak memusuhi dan memerangi agama kita. Cuma kaedahnya bagaimana ? Antaranya, kita sama-sama duduk semeja, gariskan tindakan-tindakan kita dan seterusnya bertindak mengikut batasan undang-undang negara.

8 ulasan:

  1. Filem/trailer tu dikeluarkan sehari sebelum ulang tahun kejadian 911 di USA.

    Banyak laporan internet tentang 911 tu menunjukkan kejadian 911 adalah rancangan rapi pihak tertentu dan bukannya oleh orang Islam. Maka kemarahan terhadap orang Islam semakin tipis.

    Filem/trailer terbaru ini adalah umpan supaya org Islam melakukan demonstrasi (baca : keganasan) terhadap US. Ini adalah lesen utk tentera US memasuki negara Libya, Mesir dan mungkin Syria utk menjaga kepentingan US.

    Kenapa demonstrasi dan org Islam sendiri yg mati ?

    Ulama Islam mesti buat 'thinking outside the box' agar bertindak dgn lebih matang.

    Nani Cheras.

    BalasPadam
  2. memang patt dihina pun. org islam sekarang pon dah x macam islam, lifestyle pon dah xmcm islam sibuk nak wat protes, lifestyle sendiri pon dah mcm hina agama sendiri sibuk jgak nak bunuh org sebab hina nabi sendiri dihina

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah la. dakwah pun mcm sambil lewa.
      Rncangan agama kat tv pun waktu pagi2 sangat & malam . Tak semua dpt tngok.
      Waktu2 lain kbnyakannya hiburan memanjang.

      Padam
  3. Ini dipanggil provokasi. Sehari sebelum 11 September, ada terfikir apa pula provokasi tahun ni. Dan ternyata ini yang terbaru. Mereka memang sentiasa atur agenda untuk binasakan kita umat Islam. Nauzubillah.

    BalasPadam
  4. satu masa yg tak berapa lama dulu,ummat islam pun pernah marah apabila syarikat pengeluar permainan "LEGO" membina karektor yang menggambarkan Nabi Muhammad (S.A.W) sedang bersama dengan isterinya, Aishah.

    Tak lama marahnya... sekarang kat Malaysia pun dah didirikan Legoland... berpusu2 orang (Islam) datang, hilang marah hilang sensitiviti...

    Marilah sama2 kita zahirkan cinta dan kasih kita kepada baginda dengan mengamalkan ajarannya dan menjauhkan diri dari larangannya, insyaALLAH selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  5. Tuan,

    Pertama, jika saya tidak silap, negara Denmark yang menyiarkan kartun hina Nabi, bukan Belanda..

    Kedua, untuk komen Tanpa Nama diatas, karakter Nabi oleh LEGO itu adalah 'bogus' yg diadakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.LEGO telah pun membuat kenyataan rasmi pada tahun 2006, boleh dirujuk disini http://www.freerepublic.com/focus/f-news/1719571/posts

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas makluman.

      Padam

Dipersilakan komen.