Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 September 2012

Barang Keras Tak Semestinya Bahaya, Yang Lembik Lagi Bahaya


 

Saya dengar satu ceramah seorang ustaz ni di internet. Kira ada unsur lawak juga ceramah ini tetapi tinggi maksud yang nak disampaikannya. Saya ubah sikit ayat ikut gaya bahasa saya tapi maksudnya lebih kurang sama juga.
 
Benda Keras
 
Kita janganlah takut dengan benda keras contohnya kura-kura. Tengok kura-kura, kena langgar moto atau kereta, dia selamba jer. Kalau kena langgar lori balak atau lori traler, berkecailah juga. Sekeras-keras kura-kura, tak dengar pula kes kura-kura mendatangkan kecederaan pada orang atau memusnahkan rumah orang.
 
Benda Lembik
 
Benda lembik macam ular dalam semak, diam-diam patuk orang. Kalau lambat hantar hospital, boleh arwah. Kalau nak banding kerasnya kura-kura jauh kerasnya berbanding ular. Tapi orang takut pada ular, tak takut kura-kura.
 
Lelaki dan Perempuan
 
Ustaz ini buat cerita yang keras itu adalah lelaki dan yang lembut itu perempuan. Ceritanya lagi, orang lebih takut perempuan berbanding lelaki walaupun perempuan itu lembut saja fizikalnya. Tak mahulah saya cerita lebih-lebih, sendiri dengarlah ceramah tu dan sendiri carilah sampai jumpa dalam youtube.

6 ulasan:

  1. ni mesti pasal menjaga hati dan perasaan nii... huhu..

    BalasPadam
  2. "sendiri carilah sampai jumpa dalam youtube."

    adeh !!...
    xde ke bleh bagi.. sikit2...
    clue/pembayang.. ustaz..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye le ustaz, beritau le terus. Besar pahala tau ustaz!!!

      Padam
  3. ustaz, bagi hint nama ustaz tu. huhu...

    BalasPadam
  4. Saya setuju ustaz

    BalasPadam
  5. Saya tahu, ni ceramah Ustaz Azhar Idrus.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.