Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 September 2012

Cantik Yang Dah Tak Cantik

 
Seorang jurujual kereta bukan Melayu kata,
 
"Kalau dokumen you cantik, loan boleh lulus".
 
Betulkah perkataan 'cantik' itu  sesuai di situ ?
 
Lepas tu dia kata lagi.
 
"Enjin kereta you dah tak cantiklah".
 
Betulkah perkataan 'cantik' itu sesuai di situ ?
 
Lepas tu ada seorang kata,
 
"Tadi ada seorang perempuan cantik lalu depan rumah kamu".
 
Kira betullah bahasa tu iaitu cantik sesuai bagi perempuan. Tapi kenapa pula dokumen cantik sedangkan dokumen dia tak lengkap bukan tak cantik. Lagi satu, apa perlunya perkataan dokumen, orang kampung saya tak faham, elok guna perkataan surat sokongan dan sebagainya.
 
Enjin tak cantik, memanglah enjin itu tak cantik macam anak dara.
 
 
 
 


6 ulasan:

  1. bahasa budak zaman skarang la tu ustaz..


    contoh...
    payslip lu dah cantik ni..
    apa tunggu lagi..
    ambik la loan tu.. !!
    kata pegawai pinjaman bank...

    BalasPadam
  2. surat sokongan tu sebahagian dari dokumen... dokumen tu ape? dokumen tu berasal dari perkataan inggeris document.

    BalasPadam
  3. ada satu lagi ustat, bila ada seseorang bagi persetujuan atau bagi berita gembira, respond yang akan diberikan adalah.... canteeekkk.....

    BalasPadam
  4. idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

    BalasPadam

Dipersilakan komen.