Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Oktober 2012

Suami Orang kena Tangkap Dengan Janda Bergetah

Lelaki 30-an bekerja sebagai kakitangan kerajaan, sudah beristeri dan  anak sudah dua orang. Manakala perempuan 30-an juga kakitangan kerajaan, janda bercerai dan punyai anak 2 orang. Lelaki kerja di Kluang manakana perempuan bekerja di sebuah negeri lain tapi dalam jabatan yang sama.

Katanya, mereka sudah kenal sejak 5 tahun dulu dan hubungan mereka semakin intim. Katanya, mereka ada hasrat nak bernikah tetapi lelaki mendapat tentangan dari 'Mak Andeh' kat rumah.

"Benda lain saya boleh kongsi, tapi bendealah itu saya tak boleh!....... Kalau awak gila sangat kat perempuan miang tu, awak tinggalkan saya!....." Kata Mak Andeh masa darahnya tengah mendidih dan mulutnya macam berteh goreng.

Kena Tangkap

Baru-baru ini, perempuan datang ke Kluang, katanya ada berkaitan kerja, tapi yang paling penting adalah ada orang nak kerjakan dia. Mereka pergi makan tomyam dan lepas itu masuk hotel dalam pukul 10.00 malam naik kereta perempuan. Dalam jam 1.00 pagi, pasangan ini kena tangkap kes khalwat dan akan didakwa di Mahkamah Syariah tak lama lagi.

26 ulasan:

  1. statment "Baru-baru ini, perempuan datang ke Kluang, katanya ada berkaitan kerja, tapi yang paling penting adalah ada orang nak kerjakan dia" - memang tak boleh tahan....

    apa lah nasib...

    BalasPadam
  2. nak sedap sekejap sahaja..nak tanggung malu dan dosa selama2nya....kalau hukum Hudud dilaksanakan...insyaallah xkn jadi kes2 mcm ni..

    BalasPadam
  3. Zina dan khalwat boleh elak kalau isteri dia izinkan suami nikah lagi. Dalam cerita ini, macam menunjukkan isteri lebih rela suami berzina dan ditangkap daripada benarkan suami bernikah lagi satu. Betul kan tuan Kadi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semudah itu penyelesaiannya, 'izinkan nikah'. Banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan. Tapi kalau kata nak layan nafsu, ya izinkan nikah. Then what? Adakah gerenti si suami tidak bernafsu kepada yang lain? ...

      Padam
    2. yea..
      setuju ni..
      amat setuju !!

      Padam
    3. ye betul2...laki tu pun kalo dah nak sgt ke pompuan tu dan dah bini pun suh tggal pe lagik tggal le. sal pe kalo dah hebat sgt zahir dan batin mesti bini beliau tak der halangan...

      Padam
    4. yea saya pun stuju...kalo dah lelaki tersebut hebat zahir dan batin dah tentu si isteri nak halang ke nak makan nasik ke nak redho ke tak jadik hal....TAPIIIII kalo nak makan nasik pun still harap duit bini better di sahut je cabaran bini dia....

      Padam
  4. kalau suami pun masih harapkan gaji isteri untuk tanggung satu keluarga, macam mana pulak nak kasi izin tanggung dua keluarga.rasanya no problem kalau laki bertanggung jawab tapi sendiri mau ingatlah laki bertanggungjawab ke, kalau bawak mak janda masuk hotel.hurmmmm....

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn sedap buat tuduhan....
      sy jumpa ramai lelaki bertanggungjawb pd keluarga & anak2 malah anak2 berjaya jadi doktor, engineer, akauntan , bab keja rumah suamilah yg basuh baju bini anak2, masak lipat kain bagainya tapi bini tetap tak bagi kawin lain wpun dia tak jaga hal ttgjwb dia pd suami...

      suami tpikat kat janda nak tolong janda beranak 3 tapi janda tu tak nak runtuhkan rmhtangga org, malahan suami org tu ajak kawin di siam tetap janda tu tak nak....

      so, nak salahkan suami tu ke juga kalau suami tu tpksa cari lain sebab bini kat rumah tak layan dia?????

      byk skrg berlaku, isteri curang lelaki baik..
      tak caya ke? kalau tidak knp nabi kata "waktu israk mikraj dilihat ramai ppuan menghuni neraka kerana jahat mulut dgn suami?????????

      sooo, nak nafikan apa lagi?????

      Padam
  5. masuk hotel tak malu...masuk mahkamah..malu pulak..tutup muka dgn paper,dgn baju...

    BalasPadam
  6. Ada nas ke yang izin isteri itu perlu. Mana nas?

    BalasPadam
  7. sahabat2 sekelian. ambil iktibar bukan mencemuh mencela. terima kasih ustaz. mari sama2 pesan berpesan.

    BalasPadam
  8. Panel program Khidmat Syariah TV Al-Hijrah ada kata Mahkamah Syariah akan memangggil isteri pertama bila suami nak nikah lagi. Dia menyatakan pada ketika itu isteri pertama boleh meminta apa saja sebelum bersetuju suami nikah lain.

    Minta Tuan Kadi perjelaskan agar semua faham dan mengambil iktibar.

    Nani.

    BalasPadam
  9. TV A-Hijrah taknak jemput saya pula ker, bicara isu ini ?... Maaf gurau jer.
    Oleh kerana saya tak dengar atau tengok rancangan itu, saya tak dapatlah jawab, bimbang tersalah jawab. Apa-apa pun, kuasa sebenarnya adalah kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bab poligami.

    BalasPadam
  10. uatat,
    ape kata saya cadangkan ustat buat road show psl zina, khalwat dan poligamy kat kluang? buat kat mesjid la. mende panas, rasa2nya ramai nak tau. secara tak langsung, meriahkan sikit mesjid yang semakin hari semakin sunyi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa cerita bab poligami ni kena jelaskan betul-betul tentang tanggungjawab suami. Zahir dan batin. Apa itu tanggungjawab zahir, nafkah anak-anak dan isteri. Kalau boleh gariskan panduan panduan berapa suami kena beri pada anak-anak untuk belanja. Kalau sekadar nak cerita beri nafkah ikut kemampuan dan gaji suami saya rasa sekarang ni ramai suami yang suka ikut hati sendiri dan orang itu kadang-kadang engineer, doktor hatta berjawatan ustaz. Ramainya sekarang ni suami tak ambil pusing perbelanjaan isi rumah, isteri pula tak nak minta belanja lebih sebab takut suami rungsing....

      Padam
  11. Surah an nisa sebenarnya menGALAKan poligami. buktinya awal ayat suruh kah win lah 2, 3 atau 4 bukan suruh nikah 1 dulu jika mampu baru kah win lebih.

    Banyak faedah poligami sebenarnya. Bini pertama akan dibelai cukup2 Oleh suami Selepas sang suami rindu kepadanya gara2 tinggalkan tok bersama dengan bini2 lain

    BalasPadam
  12. cuba baca Blog manisnya Poligami karya Nurul Adni Adnan, isteri ke2 Hafiz Firdaus Abdullah (seorang Pilot)juga seorang penulis yang mana sekarang ada 3 isteri....

    nama blog "Cahaya Hati Menuju Ilahi"...
    sy memang amat menyokong "suami kaya berpoligamilah!!!!"....

    ruginya Syed Mokhtar Al Bukhari tu punya hanya 1 isteri sedangkan hartanya berbillion ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Den setuju 200%
      Tapi kan, tenaga batin lelaki pun ada batasnya juga. Jgn ingat power sokmo. Ada yg mampu layan sorang aje. Betol tak ustaz? Ni bukan lucah, tapi Islam membicarakan semua perkara hatta masuk bilik air akan dapat pahala klu kena cara.

      Padam
    2. jgn la nak cari alasan pulak cite bab ada suami mampu layan sorang je... dah kalau duit berbillion, tak kan tak de cara utk atasi bab "mampu" melayan tu?????

      amalkan cara idup sihat, makan suplement atau apa saja cara... ada duit semua jadik kan???

      kecualilah memang kbanyakan yang kaya ni, ada penyakit TB (takut bini) atau kbanyakannya lebih rela simpan ppuan secara haram krn isteri/datin lebih rela suami simpan ppuan dari bermadu demi status & pangkat....

      Padam
    3. Maaf ye, ttg ada suami yg tak mampu layan batin isteri ni mmg ade. Banyakkan le membaca, & tanyale doktor2 & konsultant keluarga misalnya.

      Termasuk klu dia berpenyakit spr 3 serangkai yg terkenal (jantung, kencing manis, darah tinggi) & TB (ni TB betul bukan takut bini). & yg kuat merokok.

      Dan jgn ingat isteri2 tak menderita bila tak puas.Islam sangat adil. Kepuasan isteri juga diambil kira. Kbnyakan kita saja yg tak tau ttg tu. Sbb selama ni yg diwar2kan hanya kepentingan batin suami.

      Malah isteri dibolehkan menuntut fasakh. Betul kan ustaz? Ustaz sila lah masukkan maklumat2 ttg fasakh utk pengetahuan pembaca, demi ilmu. Kita tak yah gaduh2.

      Banyak lagi cara org kaya2 utk tolong agama ALLAH & berjihad, tak terkecuali semua org Islam, utk bekalan di AKHIRAT nanti.

      Ni ilmu lagi : Antara tips suami atau isteri yg x puas, ialah selalu meradang tak tentu pasal. Muka jarang ceria, nak marah sokmo. Betul ni ustaz, ustaz bole beri tips ni pada yg ada masaalah rumahtangga. Hubungan suami isteri tu boleh mendatangkan pahala tau kalau kena gaya. hehe (maaf ustaz , terbabas pulak dari tajuk)

      Padam
    4. Kalau suami mampu zahir batin, tak ade istilah takut bini klu nak kawin lagi.

      Pejabat nikah kan ada, submit borang yg lengkap dgn butiran2 harta dll, pejabat berkenaan akan panggil isteri, bukan utk minta izin (yg selalu org salah anggap), tapi utk makluman yg suaminya nak kawin lagi.

      Klu isteri mengamuk, peranan pejabat tu le yg memberi nasihat & tarbiah. Kalu cukup syarat, pejabat agama tak perlu risau le.

      Tapi suami pun kena le pandai, ko tak pandai didik isteri ko bab2 agama, lepas tu nak kawin kerana tergoda minah seksi.

      Buat le cara Islam kerana Allah. InsyaAllah beres. Nak berjihad pasti ada dugaan, dugaan tu le yg akan menguatkan iman & bawa ke syurga klu kena gaya.

      Padam
  13. sy dah pesan & bagitau anak2 lelaki saya...
    tuntutlah ilmu dptkan at least 1st degree , kemudian rajinlah bekerja mcm Syed Mokhtar Al Bukhari...
    berniaga jadi usahawan berjaya...

    kmudian bila banyak harta & kaya, jadilah dermawan, Berpoligamilah...

    ruginya lelaki kalau harta 4 juta, kereta mewah 4 biji, banglo besar 4 biji tapi isterinya seorang....

    amat rugi & merugikan.....

    sdgkan org2 dulu alim ulamak, kiyai, ... harta tiada tapi mampu beristeri 4 dgn dikurniakan anak yg ramai, semua isterinya tetap bahagia & hidup dlm harmoni...

    berbnding org kaya melayu zaman ini, yg jika mahu poligami mesti diikuti dgn perceraian isteri pertama...alangkah sedih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pak haji kena disik anak beramal macam kiyai..... jangan kaya tapi kosong. solat entah ke mana. solat sunat jauh sekali.. barulah kuat dalaman disamping penuh ilmu agama.
      kekayaan dan degree bukannya penjamin kepada kejayaan dalam poligami. ada perkara tersurat yang biasa kita terlepas pandang fasal keupayaan kiyai lama beristeri ramai. nama pun kiyai... bukannya orang kaya...

      Padam
  14. ppuan sensitif memang le cepat meragam...
    berdegar-degar berdentum2 ppuan kalu bercakap kalah ustaz...

    semuanya hanya krn takut poligami & suami kawin lain... aduhai org melayu... kalu ckp bab agama cukup pandai sang isteri ni tapi bab layan suami... emmmm...
    bila suami terpikat kat org lain, mula la gelabah...
    semua hukum keluar, tapi sebelum tu dia tak pedulik pun ttg laki dia....

    BalasPadam
  15. Nampaknya post ustaz tajuk ni dpt banyak maklum balas.Mcm2 pendapat. Bagus, bagus, tu namanya peka & perihatin.

    Tak gitu ustaz. Sampai mcm nak gaduh2 . Tu klu jumpa berdepan, mau semput dada masing2 nak bercakap. Nasib baik le hanya tangan yg bergerak tekan keyboard. kih, kih, kih

    Sempena bln Zulhijah ni, mari kita sama2 imbas antara ucapan Nabi saw ketika hijjatul wida' pada thn 10 Hijrah :

    '.......bertaqwalah kpd Allah dlm masaalah wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sbgai isteri dlm bentuk amanah Allah, kamu ada hak atas mereka & mereka ada hak atas kamu .....

    ...dan sesungguhnya telah aku tinggalkan pada kamu di mana kamu tak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dgnnya iaitu Kitab Allah & sunnah RasulNya, ..

    Sekian. Selawat & salam pada Rasulaullah saw. Sapa2 lum daftar hj, daftar le sekarang, mudah2an akan dipanggil sbgai tetamu Allah insyaAllah. Yg sedang menunaikan hj semuga dapat haji mabrur.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.