Malangnya, mereka dicekup berkhalwat dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) kira-kira jam 9 pagi. Pegawai Tadbir Jaij daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat awam.
“Sewaktu operasi dijalankan, lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang bekerja di pasar malam membuka pintu bilik hotel, manakala pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyorok di bawah katil lengkap berpakaian sekolah dan bertudung.
“Hasil soal siasat dijalankan, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas sebaliknya menunggu teman lelaki mengambilnya di sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, ibu bapa pasangan tersebut akan dipanggil untuk ke pejabat agama malah, pengetua serta guru kaunseling turut dimaklumkan mengenainya.
'freshy' lagi tu.. ustaz..
BalasPadambaru 'first time' nak cuba2 try..
klu lepas pagi tu...
minggu depan bleh projek lagi.. huhu !!
Kalau kita kahwin secara sah, anak adalah permata hati yg sangat ditunggu-tunggu oleh pasangan yg berkahwin, tetapi jika kita berkhalwat sehingga melahirkan anak, sudah tentu kita malu, sbb tu banyak baby yg tak bersalah dibuang di sana sini. Subhanallah..
BalasPadamTulah anak melayu kita lagi moden lg menjadi2 pulak..
BalasPadamTak kira laki or popuan berani betul..