Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Februari 2016

Kisah Mak Andam, Pelamin Lesap


Semasa berunding dengan Mak Andam ni, katanya nak sponser pelamin sekali. Maka tak perlulah tuan rumah pengantin nak tempah pelamin. Akhirnya setujulah tuan rumah dengan bayaran tertentu. Kira murahlah juga harga tu kata tuan rumah sebab pelamin free.

Sehari Lagi Nak Majlis

Bagaimanapun, sehari sebelum majlis kawin tu, tuan rumah sekali lagi hubungi Mak Andam tu. Yang tuan rumah terkejut, Mak Andam kata dia tak dapat sediakan pelamin sebab dia cari tukang pasang pelamin katanya sibuk. Mak Andam cakap, dulu masa tempah dia tak janji nak sediakan pelamin tu. Katanya 'sekiranya ada' saja. Jadi dah tak ada nak buat macam mana, jelas Mak Andam lagi.

Maka terpaksalah tuan rumah pengantin cari pusing keliling untuk cari pelamin tu. Lepas seorang demi seorang dia telefon sampai tersilap nombor kedai jual gas pun ada. Hehe... Takkanlah nak bersanding atas tong gas pulak esok, hehehe.

Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, KLIK SINI

1 ulasan:

  1. kawin tak yah berpelamin pun boleh dapat anak juga, pelamin bukan penentu bahagia seseorang, zaman sekarang ni nak pasang pelamin jer tak cukup seribu dua

    BalasPadam

Dipersilakan komen.