Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Februari 2016

Apa Itu Ajaran Sesat 'Millah Abraham' ?


Hari ini, beberapa orang didakwa di Mahkamah Syariah di Selangor kerana kesalahan ajaran sesat Millah Abraham. Apa itu ajaran sesat Millah Abraham ini?
.
Ajaran Millah Abraham adalah salah satu daripada ajaran sesat yang menyelinap masuk di negara ini, khususnya di Negeri Selangor. Ajaran ini berasal dari Bogor, Indonesia. Pengasasnya bernama Ahmad Musaddeq yang mengaku sebagai rasul baru yang dibangkitkan membaharui ajaran dan membentuk kerajaan Islam yang sebenar.

.
Antara penyelewengan yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:
.
1. Mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad SAW yang membawa ajaran baru, kerana ajaran yang dibawa oleh baginda telah tamat bahkan ajaran Islam yang diamalkan sekarang ini adalah palsu. Ini bererti akan muncul umat dan rasul baru atas nama kerajaan Millah Abraham.

2. Mereka menghukum golongan yang tidak mengikut ajaran Millah Abraham sebagai golongan yang syirik dan kafir, termasuk ibu bapa mereka, bahkan ulama-ulama muktabar yang terdahulu. Justeru mereka dikehendaki bertaubat dengan berpegang kepada deen Millah Abraham berdasarkan fahaman mereka. Bagi sesiapa yang menuduh ajaran Millah Abraham sebagai sesat pula, sebenarnya mereka telah memperbodohkan diri mereka sendiri.

3. Kumpulan ini terlalu taksub hingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan dan pasangan suami isteri. Kerana taksub, seorang anak sanggup membuang ibu bapanya hanya atas alasan tidak mahu mengikut ajaran Millah Abraham. Begitu juga bagi pasangan suami isteri. Seorang isteri yang mengikut ajaran Millah Abraham wajib menuntut cerai jika suami enggan menyertainya.

4. Menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Mereka menggunakan kitab Taurat dan Injil disamping al-Quran (terjemahan) sebagai panduan bagi menegakkan agama yang dapat menerangi kehidupan.

5. Meninggalkan solat fadhu lima waktu dan solat Jumaat kerana mereka menafikan kefardhuan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.

6. Kumpulan Millah Abraham akan mewajibkan anggotanya membuat bai’ah atau sumpah setia. Disamping itu mereka memberi amaran kepada pengikutnya jika melanggar bai’ah tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.