Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 April 2014

Belum Sebulan Nikah, Kena Tangkap Khalwat Dengan Lelaki Lain


Perempuan ini umur 20-an kerja swasta, belum genap sebulan dia bernikah. Dia ditangkap khalwat dengan lelaki bujang 20-an yang datang ke rumahnya sewaktu suaminya tiada di rumah. Ramai orang terkejut beruk.

Hasil siasatan, kita dapat banyak cerita yang terselindung di sebalik tumbangnya seekor lembu sewaktu majlis perkahwinannya yang meriah itu. Dikisahkan yang perempuan ini sudah ada pakwe tetapi mak ayah dia tak suka kepada lelaki itu. Entah apa alasannya, malaslah kita nak campur masalah rumah tak bertangga orang. Mungkin sebab jawatan dan pangkat, mungkin sebab tak pandai rasuah bakal pak mertua, mungkin tak pandai sewa kereta mahal masa merisik dan macam-macamlah yang serba mungkin.

Maka bapa memaksa anak perempuan bernikah dengan seorang lelaki pilihan ibu bapa. Walaupun pada mulanya perempuan ini tak setuju, akhirnya dia tetap akur dan bersetuju juga. Bila ditanya pak imam yang nikahkan pasangan ini, pertamanya pak imam menggigil juga bila Kadi telefon jurunikah. Rasa macam ada entah apalah salahnya jurunikah ini nikahkan pasangan ini. Tapi rupanya Kadi nak tahu adakah ada ditanya persetujuan dari pengantin perempuan sebelum nikah.

"Ada Tuan Kadi, kali pertama dia senyum dengan Pak Imam. Pak Imam tanya lagi sekali dan sambil tersenyum dia jawab setujuuuuuu". Kata Pak imam itu.

Maka, betullah yang jurunikah tanya pengantin perempuan sebelum nikah dan itulah prosedurnya. Cuma tadi jurunikah kecut perut kerana dalam muzakarah atau perjumpaan Kadi dengan jurunikah setiap bulan, Kadi selalu ingatkan supaya prosedur semasa menikahkah orang kena betul supaya hukum syarak dipatuhi dan orang ramai tidak ada rasa was-was.

Tak Boleh Lupa Pakwe Lama

Perempuan ini rupanya memberontak dalam diam. Katanya suami dia ada pukul dia selepas bernikah. Dengar cerita dari satu pihak iaitu perempuan memang sedap didengar. Katanya suami buat macam wresling Stone Cold Steve Austin, Undertaker dan The Iron Sheik. Dari suami dia kita tak dengar, jadi tak perlulah kita percaya cakap perempuan ini sepenuhnya. Mungkin juga suami hilang sabar sebab tak mahu layan dia kerana asyik teringat pakwe lama. Tapi itu kisah rumahtangga dia orang. Kalau rasa ada masalah, sila buat aduan kaunseling atau pergi ke mahkamah syariah dan selesaikan hal rumahtangga dia.

Ini cerita kes khalwat dulu. Apa-apa pun cerita, perempuan ini dah ditangkap dan bakal didakwa di mahkamah syariah. Lagi satu, bila perempuan ini kena tangkap, bapa perempuan ini tak mahu datang jamin bila ditelefon. Kata dia sibuk bekerja, entah-entah dia duduk minum kat kedai mamak saja, termenung sambil menghirup teh tarik. Rasanya bapa dia pening kepala, kelabu asap kepala dia dibuatnya. Malu dengan orang kampung jangan cakaplah. Lebih dia malu sebab strategi dia tak berjaya. Dia ingat macam zaman dia yang dah tua yang dulu nikah tahun 70-an. Masa tu jodoh pun tak kenal sangat dan nikah pun ikut mak ayah rekmen jer.

Nak jadi rakan facebook saya, klik sini

2 ulasan:

  1. As salam Ustaz..sy pun punya anak dalam lingkungan umur cerita diatas. Atas nasihat saya dan kakak2nya sy memberi idea utk nikah awal. Dia bersetuju asalkan lelaki tersebut adalah pilihan dari kami ibu dan bapanya. Sy tersgtlah sedih utk berpisah dengannya. Dia adalah anak perempuan sy yang bongsu. Buat masa ini dia telah mendapat kerja sementara mengajar mengaji anak2 sek rendah di kawasan perumahan kami. Ustaz rasa bersesuaaian ke utk saya mencarikan jodoh utk dia diwaktu usia begini. Mohon nasihat. terima kasih Ustaz.

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum. Saya setuju dgn apa yg puan di atas katakan. Jika ada ibu atau bapa yg baca. Saya mohon ibu atau bapa pilih bakal suami sejak anak anda berumur 16 tahun lagi. Tapi x perlulah kata anak anda dia adalah bakal suami. Dlm senyap rapatkan mereka berdua. Insyaallah satu hari akan nikah.. kahwin dpt anak.. smpai la tiba ajal..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.