Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Mac 2015

Novel 'Cinta Mat Burger' Sudah Ada di Kedai Buku Seluruh Negara


Novel ini adalah hasil tulisan saya sendiri. Bermula dengan menulis secara suka-suka di blog ini, akhirnya saya ditawarkan untuk menulis novel ini oleh satu syarikat penerbitan di Kuala Lumpur.. Tajuk asal dalam blog saya adalah "Sudah Nasibku Mat Burger" http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/sudah-nasibku-mat-burger-episod-1.html tetapi telah ditukar tajuk kepada "Cinta Mat Burger" untuk lebih berdaya saing di peringkat global. Sekarang ini, buku ini sudah berada di ratusan kedai buku seluruh negara termasuk semua Kedai Buku Popular seluruh negara.

Novel setebal 523 mukasurat ini mengisahkan seorang penjual burger bernama Hazman jatuh cinta dengan seorang pegawai tinggi bernama Yanti dan merancang untuk bernikah. Pendapatan bulanan Hazman antara RM6,000 hingga RM15,000 sebulan sebagai penjual burger jalanan tetap dipandang rendah oleh keluarga Yanti yang menolak jodoh mereka. Hazman dan Yanti merancang untuk nikah lari di Siam tetapi dihalang selepas dinasihati oleh seorang Ustaz. 




Oleh kerana Hazman terus berkawan dengan Yanti, seorang abang Yanti telah ke Johor Bahru dan membelasah Hazman beramai-ramai sehingga Hazman dimasukkan ke sebuah hospital pakar. Yanti telah menanggung perbelanjaan pembedahan ini sejumlah RM10,000 sebagai 'penebos dosa' yang dilakukan oleh abangnya. Yanti juga mendapat satu arahan mengejut iaitu terpaksa berpindah ke KL segera dan disyaki keluarga Yanti terlibat dalam perancangan pertukaran ini. Hazman dihantui 'ugutan bunuh' dan dipaksa melupakan Yanti selama-lamanya.


Yanti kemudian berkenalan dengan seorang lelaki berjawatan bernama Badrul sewaktu berkursus di Kemaman. Badrul berjaya mendapat tempat dari kalangan keluarga Yanti seperti kakak dan ibu bapa Yanti untuk meminang Yanti. Bagaimanapun, cinta Yanti kepada Hazman si penjual burger tetap belum padam.
Man burger pula berkenalan dengan Cikgu Syikin, guru kepada adiknya yang sedang buat master. Keluarga Cikgu Syikin tidak memilih pangkat dan jawatan dan dapat menerima Man Burger sebagai bakal menantu. Bagaimanapun, keadaan kembali rumit apabila Man dan Cikgu Syikin terserempak dengan Yanti di Angsana JB yang kemudiannya menyebabkan perasaan cemburu Cikgu Syikin seterusnya mahu hubungan mereka ditamatkan sehari sebelum pertunangan mereka.


Watak Penting Dalam Novel Ini

1. Hazman:
Umur 30 tahun. Berasal dari kampung dan berhijrah ke bandar bekerja kilang kemudiannya berniaga burger. Pendapatan RM 6000 -RM15000 sebulan hasil jual burger. Bercinta dengan Yanti seorang yang berjawatan tinggi dan mendapat tentangan keluarga Yanti. Satu hari Hazman dibelasan oleh 7-8 orang lelaki dipercayai oleh abang dan rakan-rakan Yanti. Dimasukkan ke hospital pakar dan menjalani pembedahan dengan belanja RM10,000.
.
2. Haryanti:
 Berasal dari Kuala Lumpur dan bekerja di JB. Berumur 29 tahun dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat besar. Bercinta dengan Hazman di JB dan keluarganya berusaha memisahkannya dengan Hazman. Berpindah ke Kuala Lumpur tetapi tidak mahu tinggal di rumah ibu dan bapanya. Berkenalan dengan seorang lelaki bernama Badrul di Kemaman dalam satu kursus. Badrul cuba memikat hati Yanti dan ingin menjadikannya isteri. Keluarga Yanti menerima baik kehadiran Badrul tetapi hati Yanti belum bersedia menerima cinta barunya.

3. Ustaz Khalil:
Bertugas sebagai penguatkuasa Jabatan Agama, berusia 33 tahun. Ustaz Khalil bersimpati dengan Hazman dan ingin membantu Hazman dalam menghadapi masalah yang dihadapi Hazman. Beliau melarang Hazman nikah lari ke Siam dan tidak mahu Hazman terlibat dalam pernikahan sindiket.

4. Syira:
Adik Hazman yang rapat dengannya berumur 20 tahun. Sedang menunggu keputusan STPM dan seorang pelajar yang cemerlang. Dalam novel ini, Syira mempertahankan cinta Hazman dan Yanti dan berusaha merapatkan kedua-duanya.

5. Cikgu Syikin:
Seorang guru berijazah yang sedang buat master di sebuah universiti di JB, berumur 28 tahun. Dia seorang guru yang cemerlang dan dihormati di kalangan masyarakat kampung. Cikgu Syikin telah jatuh cinta dengan Hazman tanpa mengetahui kisah percintaan tragis Hazman dan Yanti.



.... Kepada sesiapa yang berminat untuk beli buku ini boleh whataps 0197526122. Harga siap pos RM 30 (siap pos laju seluruh Semenanjung). Sabah dan Sarawak nanti tanya harga pos. JUga boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh  negara.


6 ulasan:

  1. Nak beli sila whataps 01110979301. Harga RM30 siap pos laju seluruh Semenanjung.

    BalasPadam
  2. Tahniah ustaz. Memang patut di bukukan coz memang cerita yang ngetop

    http://wayneharraz.blogspot.com/
    #exchagefeedblog

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tuan Kadi. Saya salah seorang imam di daerah Kluang........Ceramah Tuan Kadi Kluang pada 24 Mac 2015 di Masjid Jamek Kluang yang bertajuk 'Akidah dan ajaran sesat' cukup baik, mantap dan penuh dengan pengalaman Tuan Kadi sendiri dalam kendali kes-kes ajaran sesat. Kebanyakan penceramah lain ceramah isi sahaja tetapi bukan pengalaman sebenar macam Tuan Kadi. Saya rasa Tuan Kadi perlu perluaskan ke masjid-masjid lain supaya maklumat ini dapat disampaikan kepada orang lain dan juga ke pejabat-pejabat lain seluruh negeri Johor. Baru kami faham sesuatu isu itu secara mendalam dan cukup menyentuh jiwa kami.

    BalasPadam
  4. Kalau boleh, Tuan Kadi bukukan pengalaman Tuan itu dalam mengendali kes ajaran sesat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.