Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Mei 2010

PIALA THOMAS : Malaysia Mendahului Denmark 2-1


KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului Denmark 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas di Stadium Putra di sini hari ini.

Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama. Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong meraih mata kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua. Kini pasangan bergu kedua negara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How berhadapan pasangan Denmark Lars Paaske/Jonas Rasmussen.

Jika kedudukan terikat, perlawanan akan ditentukan permainan perseorangan ketiga antara Muhd Hafiz Hashim dan Joachim Persson.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.