Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Oktober 2010

Dari Bentong Pahang Ke Johor Bahru, Kerja Restoran Mamak

Tadi, ke JB, sebelum ke program kat sana, singgah sarapan restoran mamak tu. Kedai tu dulu masa kat JB, selalu gak pergi, bukan selalu lagi, boleh kata hari-hari gak. Kalau tak pagi, petang atau malam. Sarapan teh tarik dan roti canai 2 keping pagi tadi.

Ada seorang pekerja tu, ambil order kat meja saya. Dari bahasa dia tu, saya agak dia ni orang Pahang sebab saya biasa dengan bahasa ni. Saya berbual dan tanya dia. Dia ni umur 20-an masih bujang, berhijrah dari Bentong ke JB beberapa bulan dulu. Gaji dia RM 900 sebulan, kerja dari pukul 7 pagi ke 7 petang. Cuti sehari dalam seminggu. Makan free kat kedai, ambillah apa yang nak makan dan minum. Rumah pun tauke mamak tu sediakan.

Dia kata, dia jarang ambil cuti dan kekadang buat kerja lebih masa. Patut balik pukul 7 petang tapi sambung sampai pukul 10 malam. Dalam sebulan gaji dia bersih dalam RM 1,500 sebulan, kira lumayan tu. Makan dan sewa rumah tak payah nak fikir. Dalam ramai-ramai pekerja tu, dia kata dia seorang saja orang Melayu, orang lain taknak kerja. Pekerja lain lelaki dari India dan perempuan Indonesia.

Teringat saya cerita Man Burger, jutawan senyap tu. Kedai tu dulu, saya biasa minum dengan Man. Aboi dalam cerita Man Burger tu, sebelum kerja dengan Man, dulu dia kerja kedai mamak juga. Terlintas di fikiran saya satu persoalan yang belum terjawab. Kenapa orang kita selalu bising-bising kata tak ada kerja. Kerja kedai mamak kan banyak kosong. Kedai mamak kat Kluang pun saya tengok iklan kerja kosong ada saja, tapi tak ada orang mintak.

Lagi satu, kalau kerja kedai mamak, dalam hati tu sematkan satu azam untuk terus berjaya dalam perniagaan. Banyak perkara boleh belajar dengan cara mamak berniaga tu. Kalau kita baca buku Chef Li bertajuk 'Jutawan Senyap', ada satu kisah tu,kisah mamat yang sekolah tak berapa pandai dan kerja kedai mamak. Tapi beberapa tahun lepas tu, dia pula jadi tauke restoran yang berjaya dalam usia yang muda.  Saya percaya, dalam setahun, lelaki dari Bentong ni akan berjaya dalam kerjayanya kalau dia beringat. Mungkin juga saya anak menulis novel pasal cerita kejayaan dia nanti macam cerita 'Sudah nasibku Man Burger' yang tak habis-habis cerita dia tu.

2 ulasan:

  1. Pemuda2 terutama melayu Islam mmg malas, terlalu memilih kerja dan kurang jauh pandangan. Mahu lagi jadi mat peragut dari bekerja keras dan kemudian jadi 'entrepreneur' kemudian hari.

    Maaflah jika ada yg tersinggung.

    BalasPadam
  2. ASAM PEDAS KOTA MELAKA ( TMN KURNIA KLUANG ) MEMPELAWA RAKAN2 mencuba masakan ASAM PEDAS MELAKA ikan laut / darat , masakan ala thai , mamak dan cantonese . alamat :di WISMA DATO YAHAYA , JALAN MERSING ( sebaris klinik JAMALIAH ) 07 7710789

    BalasPadam

Dipersilakan komen.