Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Disember 2010

Lagi Tak Ada Duit Nikah Dengan Perempuan Bergaji Besar


Seorang lelaki ni bernikah dalam 2 bulan lalu dengan seorang guru berijazah. Kiranya gaji isterinya itu dalam RM 2,300 sebulan, kira besar juga tu. Lelaki pula di sebuah syarikat swasta, gaji dalam lingkungan RM 2,000 juga walaupun tidak memiliki ijazah.

Sebelum nikah, congak-congak, bolehlah isteri tolong bantu bayarkan sewa rumah, kereta dan lain-lain perbelanjaan. Selepas 2 bulan bernikah, barulah terbongkar cerita yang isterinya banyak hutang. Isterinya sudah buat dua pinjaman peribadi yang kena bayar dalam RM 1,000. Katanya sebahagian duit tu diberikan kepada abangnya untuk perniagaan abangnya. Mulanya abangnya janji nak bayarkan setiap bulan tapi hapah pun tak ada. Abang dia masuk jualan lansung (MLM)  jual minyak wangi dan lampu aladin dan bergelar jutawan tapi akhirnya bungkus gulung tikar.

Sebahagian lagi duit, diberikan pada pakciknya untuk baiki dan besarkan rumah di kampung, tapi akhirnya rumah tak siap seperti dijanjikan. Rumah tak siap, duit dah lesap. Kemudian isterinya kena bayar duit pinjaman pelajaran masa menuntut dulu, kena bayar dalam RM 250 sebulan. Kemudian isterinya pakai kereta baru buatan tempatan dengan bayar hampir RM 600 sebulan. Kereta ni dah dibeli sebelum berkahwin.

Maka campur semua sekali pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman pelajaran dalam RM 1,850 sebulan, banyak tu. Bila bernikah, suami ingatkan isteri boleh membantu dari segi kewangan. Maklumlah isteri seorang guru berijazah. Suami pula yang banyak bantu isteri termasuk tuangkan minyak kereta dan belanja makan di kantin sekolah bila gaji isteri dah luak.

Suami merungut juga kerana gaji dia seorang bukanlah besar sangat untuk hidup di bandar besar di JB. Katanya, isterinya sikit pun tak cerita segala hutang-hutangnya sebelum bernikah dulu. Sekarang suami kena bayar sewa rumah RM 600 sebulan, sewabeli kereta suami sejak sebelum kawin dalam RM 600 sebulan. Dia juga ada buat pinjaman ASB, potong insuran hayat dan ada buat pinjaman peribadi. Maka setiap bulan pasangan ini berada di paras kemiskinan tegar. Ini belum dapat anak lagi, nanti tentu meningkat perbelanjaannya.

Jadikan cerita ini sebagai tauladan........baik jadikan pengajaran, buruk jadikan sempadan.

9 ulasan:

  1. At least diorang berkahwin jugak akhirnya. Harap ada la rezeki diorang berdua tu nanti untuk membesarkan family.

    Zaman sekarang, cikgu gaji beribu pun boleh jadi miskin akibat beban hutang. Belum kira harga barang naik lagi semenjak 2 menjak ni.

    BalasPadam
  2. Ustaz saya minta izin utk link dan copy paste sebahagian cerita di atas di notes saya. terima kasih in advanced. (Nana)

    BalasPadam
  3. Okey, dibenarkan copy tetapi jangan lupa link kan ke blog saya ni sebagai penulis.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan,

    Kawan ni hanya tahu baca blog KadiKluang je. Tu pasal kawan kerap mengomen diblog ini. Blog lain kawan x reti nak mengomen. Cabaran dan dugaan pasangan baru kahwin. Perlukan tips kewangan?. Rajin-rajinlah tengok blog IK.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz,

    Mungkin ini sebabnya Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya kawin dengan pasangan yang sekufu supaya hal-hal seperti ini tidak menjadi isu di kemudian hari.

    BalasPadam
  6. ustaz, mohon share kisah ini. Thanks =)

    BalasPadam
  7. Nak copy paste tulisan ini boleh, tapi link kan ke blog saya. Mana tahu kalau ada apa-apa pindaan, bimbang juga kalau disalaherti.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum... pandanmgan saya, bukankah suami wajib menyediakan makan pakai isteri ? buat apa suami seolah-olah merungut membayar sewa rumah ?

    BalasPadam
  9. isteri bergaji besar suami kena lebih berjiwa besar..

    saya kira duit isteri adalah hak isteri. Namun jika atas dasar perkongsian rumahtangga dan suami benarkan bekerja isteri patut kongsi serba sedikit belanja rumah..

    silap lelaki nila berharap benar nak pakai duit isteri pas kahwin. cam nak ambil kesempatan je. Apapun harap isteri faham..kalau suami tak mampu sedia apa yang kita telah dapat dr kecil di rumah mak ayah kita, terimalah apapun kemampuan suami seadanya...Jom jadi isteri solehah!!!

    yes sekufu penting..tapi alam rumah tangga ni macam2 kisah..agama dan akhlak saja yang membantu diri kita menjadi manusia yang bagaimana...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.