Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 April 2011

Bawa Balik Makwe Tingkatan Dua Tidur Kat Rumah

KLUANG - Kegiatan tidak bermoral seorang gadis 14 tahun yang dibawa masuk ke rumah keluarga kekasihnya, akhirnya membawa pada apabila dicekup sepasukan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) daerah Kluang di sebuah rumah di Taman Sri Lambak kira-kira jam 2.25 pagi kelmarin.

Pelajar tingkatan dua itu ditangkap bersama teman lelakinya berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan Kluang.

Kadi Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, tangkapan yang dijalankan itu adalah hasil daripada aduan orang awam yang memberikan maklumat kepada pihak penguat kuasa.

Pasangan remaja itu ditangkap ketika sedang tidur berdua dalam bilik rumah lelaki berkenaan.

“Sewaktu tangkapan dilakukan, ibu dan dua adik-beradik lelaki berkenaan sedang tidur di dalam rumah dan bapanya pula dikatakan pergi bekerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, hasil siasatan juga mendapati pasangan terbabit sudah berkenalan kira-kira lima bulan lalu.

Atas kesalahan itu, pasangan terbabit akan dituduh di bawah seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pada masa ini penguat kuasa akan bertindak tegas dan sentiasa melakukan pemeriksaan dalam usaha mencegah maksiat di daerah Kluang.

“Oleh yang demikian, jika orang awam mempunyai maklumat berhubung kes maksiat atau sebagainya, bolehlah menghubungi talian bebas tol JAIJ yang beroperasi 24 jam iaitu 1-800-88-3072 untuk membuat aduan,” katanya.

(Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 23 April 2011)

3 ulasan:

  1. waa...
    berkenalan kira-kira lima bulan dah bleh ikut bawak balik tido dlm bilik...

    klu 12-15 bulan..?
    sah.. lahir sorang bayi !!!

    BalasPadam
  2. erm....budak2 skang segalanya advance..

    BalasPadam
  3. Hai, baru Tingkatan 2 (umur 14 tahun) dah merenyam - ketagih seks? Inilah akibat pergaulan terlalu bebas dan akibat seronok menonton gambar / video lucah dalam VCD atau dalam internet yang mudah didapati golongan remaja sekarang.
    Tidak hairan lah jumlah anak2 diluar nikah di Malaysia sudah melebih 40,000 orang. Itu yang didapati mengandung, kalau yang tidak mengandung - cuba kita congak berapa ratus ribu pasangan Islam samada yang muda / tua yang telah, sedang dan akan berzina nanti? Dahsyat!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.