Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Julai 2011

Mohd Ashraf Yang Gagal Tukar Kepada Perempuan, Meninggal Dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.





4 ulasan:

  1. Salam tuan, al-fatihah untuknya. Walau apa jua alasannya, saya bersetuju dgn keputusan mahkamah. Berbalik tentang kematiannya, diharapkan tidak ada pihak yang menyalahkan pihak berkuasa atas kematiannya. Jangan pula ada NGO yang cuba menegakkan benang basah. Kematiannya sudah ditentukan. Moga Allah mengampuninya. AMIN..

    BalasPadam
  2. sama juga, semoga Allah mengampuni dosa2nya.

    BalasPadam
  3. Moga Allah mengampuninya.. tak berani nak komen lain-lain.

    BalasPadam
  4. siapalah kita untuk menghukumnya..semoga Allah mengampuni dosa2nya..al-fatihah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.