Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Julai 2011

Ramai Budak Sekolah Guna Bahasa Gangster

Sabtu lepas, tengahari saya ke satu kedai makan. Kebetulan waktu itu budak sekolah penuh di kedai itu dengan baju seragam kurikulum. Mungkin hari itu pelajar ada program di sekolah.

Yang jadi tumpuan saya ada bahasa yang mereka gunakan. Mereka tiru gaya perbualan filem gangster yang sedang popular sekarang.

"Lu jangan main-main sama gua. Lu mau mati ker masuk gua punya kawasan". Kata seorang pelajar tu.

Filem ni saya pun tengok, saya dah cerita dah dalam tulisan saya yang lepas. Saya ni bukanlah minat sangat tengok filem Melayu ni tapi ada satu yang menarik perhatian saya dalam filem ni. Cerita ni okey, ada pengajaran yang baik.

Tapi yang saya nak tegur sikit adalah gaya bahasa dan perbualannya. Bila saya tengok filem ni, saya dah agak, orang sekarang akan terpengaruh. Rupa betul, dan saya dengar sendiri budak-budak sekarang cepat meniru.

6 ulasan:

  1. sok2 dalam exam jwab karangan, lu gua lua gua, muahahaha..

    BalasPadam
  2. Saya perhatikan banyak filem tempatan sekarang yang tema ceritanya bercirikan gangster , hantu dan cinta yang mana meninggalkan kesan negatif kepada anak muda terutama sekali murid-murid sekolah. Sebaik-baiknya, buatlah filem berkonsepkan keagamaan agar menimbulkan kesedaran kepada golongan muda Islam yang kini akhlaknya berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

    BalasPadam
  3. Betul ustaz.. bukan budak2 aje, org tua mcm tok ni pun terpengaruh. hehe..
    Kadang2 bole eratkan lagi hubungan suami isteri, contoh2nya : "ape pun tak bule", "cuba ceta, cube ceta" .... dll . Org umah tok terkekek2 gelak. Kadang2 dgn cucu & anak2 pun gurau2 cam tu, tapi yg bahasa ganass2 tu, kita org tua segan le nak cakap depan org2 muda.

    Jadi budak2 tu gurau sesama sendiri mcam tu memang biasa cuma depa lupa org lain dengar, apalagi yg tak faham, akan cop budak2 ni 'ntah apa2 ntah"

    Tok klu dengar depa sembang2 cam tu, tok join & cakap lebih kurang gini: "ni mesti dah tengok filem gengster, amacam? ok? .." Then kita dakwah le sikit2 dlm bahasa santai2..

    Tapi yang tok susah nak terima, budak2 ni selamba merokok .. pernah tok tanya, "abah tau tak merokok ni?". Ada yg jawab: "tau, abah merokok depan kita, dah lali bau rokok". Aduhai !!!
    tok


    Ape nak buat.. dunia sekarang, kena le kita join sikit2 demi nak ajak ke arah kebaikan..

    tok.

    BalasPadam
  4. sebelum ini saya pernah meninggalkan komen spt nie di n3 ;Best juga cerita gangster' yg dipostkan oleh ustaz pada 7.7.11.
    spt yang dijangka peristiwa ini terjadi jugak kepada generasi2/anak muda kita skg ini..
    dan filem2 mesia nih ikut 'musim'..time citer hantu disogokkan cerita hantu semua..time cerita gangster2..semua nk ikut terbit filem yg sama...rasuk merasuk..time lawak..semua pun sama...cintan cintun..buang anak..kehidupan sosial..kalau kita lihat puratanya datang dari orang melayu itu sendiri...nk ambil jalan mudah tp xmemikirkan impak dari cerita2 sebegini..ibarat cam lalang..
    saya tidak geitu setuju bila director cakap..filem ini akan memberi pengajaran..memberikan nasihat...tp mereka tidak fikir endingnya sememangnya sebegitu..happy ending (semua org mahu)..dari awal sampai pertengahan hingga ke 90% jalan ceritanya adalah 'merosakkan'..terutama gangster2..cube nengok pelakonnya semua melayu...wpun melayu 'bercakap' cina...tapi orang ttp pandang MELAYU..bangsa kita...

    BalasPadam
  5. Iran pun buat filem/drama,mengenai dadah, gangster dll. Perkara2 ni mmg dah jadi sebahagian lingkungan yg kita perlu hadapi bersama.

    Cuma apa yg tok dah tengok 2,3 drama/filem mereka, pakaian pelakun2 perempuan dijaga (sekurang2nya bahagian dada ditutup).

    Bukan apa, kadang2 cerita2 tu mungkin ada mesej, malah mau tak mau kadang2 ustaz2 pun terpaksa tengok sbb nak ulas nanti bila timbul kontrovesi mcm isu poco2. Jadi klu tak tutup aurat sempurna, penunton2 lelaki dah kira terpaksa menjamu mata (lebih tepat --> zina mata kot).

    So Ustaz2/mufti2 kena le pakat2 sound, bukannya nak suruh ban/haramkan buat filem2 ni (sbb mereka dah sebati), tapi tiru mcm Iran at least. Pasti lagi ramai org tengok.

    Lepas tu nasihatkan pelakun2 tu, dlm filem & luar filem at least sama le penampilan. Bukan pelakun aje, pengacara2 tv pun sama sbb jadi tontonan org ramai. Lain le guru, keja pejabat ke dll, yg tonton x ramai.

    tok (sori dah 2x post)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.