Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Julai 2011

Terjumpa Dua Pembaca Setia Blog Saya Hari Ini


Petang tadi saya memberikan ceramah motivasi kepada pelajar dan ibubapa di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam. Selesai ceramah tu ada seorang lelaki tegur saya.

"Yang ustaz cerita pasal nombor ekor, mimpi rusa warna merah tu, saya dan baca dalam blog ustaz hehe.". Kata lelaki tu.

Mula terkejut juga tapi betullah yang dia cerita tu. Pembaca blog saya tahu cerita tu. Rupanya dia pembaca setia blog saya.

"Promosilah pada member-member lain blog saya ni". Kata saya.

"Tak payah promosi pun, dah ramai peminat blog ustaz kan" Kata dia lagi.

Sebelah malam pula, baru sebentar tadi, saya ceramah di Masjid Felda Air Hitam. Selesai ceramah tu ada seorang lelaki tanya saya.

"Bila nak sambung cerita Man Burger ". Tanya lelaki tu.

Dalam hati saya, memang dia pembaca blog saya. Dia cerita memang betul dia peminat blog saya malah beritahu kawan-kawan dia kat pejabat pasal blog saya. Terima kasihlah.

Untuk soalan sambung tak sambung cerita Mat Burger tu, saya beritahulah saya sibuk sekarang, banyak program dan ceramah. Esok saja ada 4 ceramah tempat lain-lain. Nak menulis novel ini bukan semudah tulis cerita biasa. Cerita biasa tulis senang saja, tulis apa yang terlintas saja, tak ada sambungan. Setiap kali nak tulis kisah Mat Burger, kena baca dalam 10 episod sebelumnya, kekadang tak ada masa terluang. Kalau tak baca semula, mungkin ada benda yang tertinggal atau tersalah tulis. Nak tahu ceritanya, nanti mungkin ada novel bertajuk, Sudah Nasibku Penulis Novel pula.

2 ulasan:

  1. Saya pun mengikuti catatan blog Ustaz. Saya akan masuki blog ustaz sekerap 4 kali sehari untuk mendapatkan entri/catatan terkini . Saya dari Klang , Selangor . Sebagai seorang ustaz dan kadi, sememangnya Ustaz berkejar dengan masa. Saya dapat tahu ada Ustaz dikawasan saya ada 7 appointnment pada hari yang sama untuk memberi ceramah ugama di 7 lokasi berlainan(surau atau masjid). Tentulah memberi ceramah ugama satu tugasan yang mulia .

    BalasPadam
  2. tiap kali masuk blog ustaz, tgk gak ada sambngn man burger ke tak...da 2 bln menanti smbgn citer tu...kalo ustaz bz biar sy jelah yang wat ending citer tu...ehehe

    BalasPadam

Dipersilakan komen.