Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 November 2011

Bayi Perempuan Dibuang Dalam Kebun Sawit, Menyedihkan


LEDANG 5 Nov. - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dibuang di dalam sebatang parit di kebun kelapa sawit di Kampung Melayu Raya, Sagil, di sini hari ini.Si kecil yang masih bertali pusat dan dalam keadaan berbogel itu namun bernasib baik apabila ditemui seorang penoreh getah yang melalui kawasan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Salleh Abd. Razak berkata, lelaki itu terkejut apabila terdengar tangisan bayi tersebut di kebun yang terletak bersebelahan kebunnya.

"Dia lalu memaklumkan kepada anggota di Balai Polis Sagil dan sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian. Semasa ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan bogel di dalam parit kecil yang tidak berair.

"Bayi itu dalam keadaan sihat dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, bayi itu telah dihantar ke Hospital Tangkak untuk pemeriksaan dan ditempatkan di wad hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut.

4 ulasan:

  1. dah menjadi trend tahun 2011..
    camna pulak nnt.. tahun 2020-2025-2035-2050 nnt..?

    mcm tu la jugak...
    dah menjadi lambakan makanan sejuk beku...
    xketinggalan jugak.. barangan 'pakai buang'...

    anak bangsa melayukah itu..?

    BalasPadam
  2. perghhh.... makin kejam manusia akhir zaman nih.

    BalasPadam
  3. Nak kata tak ada didikan agama sekolah agama dah ada waktu petang..nak salahkan Iman dan penguasa agama pun tak boleh sebab depa dah bagi yang terbaik..buat ceramah agama buat tazkirah di masjid bukan depa nak pi pun..masa ni tugas Iman di kampung2 amat mencabar..bukan hanya sekadar menerima gaji di akhir bulan..kerna ianya akan dipersoalkan diakhirat nanti..berat saudara2 tugas iman ni..nak jaga anak2 mukim dari maksiat ni tugas berat..

    BalasPadam
  4. yang buat maksiat ni, patutnya bukan didenda dengan duit, sebab duit senang nak dapat/pinjam. patutnya, didenda dengan 10x sebatan rotan, baik lelaki atau perempuan. baru mereka2 tu serik. dulu2, anak orang mcm anak kita juga, tegur & jaga sama2, maksiat dpt dihindarkan. zaman sekarang, kau hal kau, aku hal aku. anak jiran sebelah buat maksiat pun, tak ambil tau. kalau diadukan pada mak-bapaknya pulak, ada yg membela anak sendiri konon2nya anak dia baik (perasan baik).

    BalasPadam

Dipersilakan komen.