Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 November 2011

Bersunat, Khatan & Masuk Jawi

Ahad baru ni saya hadir ke satu program sebagai perasmi. Majlis itu adalah majlis berkatan beramai-ramai. Sebut khatan, mungkin ada orang yang lambat faham, nanti dia orang ingat program khatam Quran pulak. Senang cakap, 'bersunat' atau 'masuk jawi'. Atau kalau orang tu lagi lambat faham, beritahu saja, 'potong-potong'. Opsssss.... sebelum tu, saya nak beritahu juga, minta maaf, kalau ada orang kata tulisan ini ada unsur lucah sikit, hakikatnya tak lucah.

Majlis berkatan ni diiklan secara terbuka sempena cuti sekolah ni kat kain rentang, yang orang kampung saya panggil 'banner' dan lain-lain. Masa mula-mula saya dijemput merasmikan majlis ini, saya tersenyum dalam hati seorang diri. Pertama, mestilah perasminya sudah sunat. Itu saya sudah menepati kelayakannya dan dah buktikan dan 'ada beban pembuktian', kalau ikut istilah saya dalam mahkamah masa saya jadi pendakwa syarie dulu.

Okeylah, ringkas cerita, saya hadir dalam program tu yang diadakan di Gunung Lambak Kluang. Situ ada resort termasuk bilik seminar dan kolam renang. Nak cerita pasal Gunung Lambak ni, saya sejak akhir-akhir ni banyak kali juga mendaki gunung ni hingga ke puncak. Okey, bila sampai saja, biasalah, urusetia menyambut saya. Saya lihat ramai yang hadir, beratus orang juga.

Ada budak-budak sekolah rendah, lebih 80 orang, lengkap berbaju Melayunya, mungkin baju raya. Lepas tu ada juga lelaki dewasa. Ops, mereka nak buat apa di sini ? Nak 'repair' ker ? Hehehe.. Itu bapa dia oranglah. Ada juga perempuan muda ada, tua pun ada. Alamak, mereka sunat juga ker ? Sudah ustaz..... jangan lebih-lebih, nanti orang kata buat lawak lucah pulak.

Dulu-dulu

Kalau dulu-dulu, orang sunat ni takut. Bukan itu saja, dengar nama Tok Mudin saja habis orang takut. Ada yang sampai lari menyorok dalam kebun getah. Tapi sekarang kebun getah pun dah kurang, mungkin boleh menyorok kat cyber cafe.

Tak lah.. orang sekarang sunat mana ada takut. Budak sekarang, kebanyakan mereka yang ofer sendiri untuk dikorbankan. Budak dulu, puas mak bapak pujuk. Kalau kena bapak yang garang, sampai kena ikat budak tu kat pokok kelapa, lepas tu taruk sarang kerengge sementara menunggu tok mudin sampai.

3 ulasan:

  1. Dah lah sakit kena kena gigit kerengga...nak kena sunat pulak lepas tu...adeh! Biar betul ustaz?!

    BalasPadam
  2. klu ingat sunat dulu2 ngeri plak...pakai pisau cukur & sepit pakai rotan, ubat plak ubat kuning jek... amacam bdx skang ader berani

    BalasPadam
  3. terima kasih Tuan atas kesudian merasmikan program tersebut...opssss sblum terlupa ...Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang jatuh pada tarikh tersebut 20-11-2011

    BalasPadam

Dipersilakan komen.