Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 November 2011

Isteri dan Pak Mertua Kat Kedai Makan, Suami Pergi Beli Nombor Ekor Kejap

Dalam jam 6.40 petang semalam, saya dengan kereta sendiri berada berhampiran kedai nombor ekor berhampiran Maybank Kluang. Seronok juga memerhatikan gelagak orang beli nombor ekor ini. Nampaknya orang Islam yang masuk kedai tu makin berkurangan. Tak lama lepas tu, masuk seorang lelaki terus beratur di baris kedua dan di depannya seorang lelaki bangsa Cina sedang beli. Saya nak pergi tangkap sendiri, tak berdaya sebab saya seorang. Saya telefon penguatkuasa yang sedang operasi di sekitar bandar.

"Anuar ada kat mana ?" Tanya saya pada penguatkuasa.

"Ada kat kedai nombor depan Kluang Parade". Kata penguatkuasa.

"Ada kes ke sana ?". Tanya saya.

"Tak ada, kosong". Kata penguatkuasa.

"Okey, datang sini, dekat maybank, ada seorang Melayu tengah beratur". Kata saya.

Lama juga tunggu penguatkuasa tapi tak sampai-sampai, dekat tapi kena pusing juga. Sementara itu, saya agak macam tak sempat jer tangkap lelaki tu sebab penguatkuasa lambat sikit. Tapi lelaki ni beli lama, tak macam orang lain. Elok-elok lepas orang tu beli, 2 orang penguatkuasa sampai dan saya ikut sekali ke kedai tu. Lelaki itu ditangkap dan didapati bersamanya tiket judi bernilai RM 28. Dalam hati saya, patutlah lama, beli banyak.

Isteri dan Pak Mertua Kat Kedai Makan

Lelaki 30-an ini merayu dilepaskan tapi gagal. Dia kata, tadi dia bersama isteri dan bapa mertuanya di kedai makan tak jauh dari situ. Dia pergi beli nombor ekor kejap dan isteri dia tak tahu. Mungkin dia tipu isteri dia kata nak beli barang dan lain-lain. Tapi lepas dia kena tangkap, isteri dia yang jamin dia keluar, kalau tak, tidur dalam lokaplah.

3 ulasan:

  1. ishhh..
    nayaa ni...

    esok lusa dah nak rayaa...

    BalasPadam
  2. patutnya isteri dia biarkan saja suaminya tidur lokap, biar dia rasa pengalaman beraya di lokap. next time, pasti serik nak beli tiket judi.

    BalasPadam
  3. inilah umat islam akhir zaman...halal dan haram amat kabur bagi mereka ini..yang penting duit..sumber haram dipedulikan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.