Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Mac 2012

Dulu Orang Kaya, Sekarang Jadi Orang Susah

Sekali dengar memang susah nak percaya cerita ini. Cerita apa ? Cerita seorang lelaki anak 4, dulu dia orang kaya, sekarang dah jadi orang susah. Dulu dia kerja kerajaan, kemudian pergi ke swasta dan kemudian buat bisnes sendiri. Waktu dalam kerajaan dan swasta kira dia walaupun belum kaya tapi kira semua cukup. Masa berniaga, dia boleh dipanggil orang kaya atau jutawan.

Siapa dia ini ?

Saya tanya dia mengenai beberapa orang yang dia kenal sebab dia mengaku dia kerja itu. Memang dia kenal orang itu, malah rakan satu pengajian universiti dengannya pun ada. Waktu di swasta, gajinya mencecah 10,000 sebulan. Isteri dia juga kerja kerajaan yang gaji besar juga. Apabila bersara (bukan pencen sebab lelaki ini tidak ada pencen), lelaki ini masuk bidang perniagaan yang serba sedikit ada kaitan dengan kerjanya selama dalam kerajaan dan swasta dulu.

Kalau dikira pengalaman dia, secara kasarnya memanglah kita rasa dia akan berjaya dalam bisnes yang diceburinya. Tapi kemewahannya tidak lama, akhirnya bisnes dia lingkup. Habis semua duit simpanan dan KWSP dia. Bila ditanya, macammana duit itu boleh habis, katanya banyak kena tipu dalam bisnes. Yang tipu ini adalah kawannya sendiri, satu bangsa satu agama juga. Jumlahnya kalau dikumpul-kumpul, angka sudah mencapai angka juta.

Makan Duit Pencen Isteri

Bernasib baik juga isteri ada pencen  1,000 lebih sebulan. Kalau nak ikut macam orang lain, dapat pencen penuh tapi isterinya tak penuh sebab ambil pencen awal. Tapi bila ditolak kos hidup sekarang, kira macam tak ke mana juga. Anak dia 4 orang iaitu 3 sedang belajar di universiti termasuk seorang di luar negara dan seorang sedang sekolah berasrama. 

Dia hanya ada sebuah rumah di KL yang sudah dibelinya lama dulu dan dah habis bayar bank. Itu sajalah rumah yang dia ada, nak dijual tak patut pulak, nak duduk mana nanti. Dia ada satu kereta yang usianya dah belasan tahun, dah habis bayar bank, nak tukar kereta tak mampu.

Anak Belajar Banyak Keluar Duit

Anak 3 orang universiti, seorang sekolah asrama, bukan sikit belanjanya. Setiap bulan ibubapa terpaksa beri pada anak untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Kiranya giliran ibu dan bapa dah selesai, dulu ibu dan bapa belajar sampai universiti juga. Hidup mak bapak senang tapi sekerat jalan saja senang, lepas tu jadi susah pula.

Bukan kata nak beli baju dan seluar baru, nak makan  pun mak bapak tak  cukup sekarang. Namun, hidup ini perlu diteruskan. Ibu dan bapanya banyak habiskan waktunya di masjid berjemaah dan banyak berkawan dengan ustaz-ustaz dan imam-imam. Dia sedar masa muda dan senangnya dulu dia banyak lalai dan alpa.

Isterinya pula selalu bersedih tetapi akhirnya menerima hakikat yang hidup ini adalah seperti putaran roda, ada masa kita ada kuasa dan jawatan. Dan ada masanya kita berada di bawah, orang lansung tak mahu pandang kita. Isterinya jadi seorang yang lansung tak mahu meminta-minta dari orang lain. Pasangan ini tak mahu mintak tolong sana, mintak tolong sini walaupun kawan-kawan satu pengajiannya dulu sekarang jadi orang besar dan hebat. Pasangan ini redha, bahawa kekayaan itu bukanlah jaminan kebahagian hidup yang mutlak.

Pasangan  ini jadi tabah menghadapi liku-liku hidup ini serta banyak berserah kepada Allah menentukan masa depannya. Yang dia mahu lihat sekarang adalah kejayaan anak-anak yang semuanya belajar pandai.

10 ulasan:

  1. semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat.. buat keluar berkenaan... insyaallah, ada hikmah disebalik apa yg berlaku..

    BalasPadam
  2. quote:
    katanya banyak kena tipu dalam bisnes.

    pd sy.. lumrah/biasa la gitu.. ustaz...
    alam/dunia perniagaan...
    mana ada gaji tetap bukan.. ?
    so.. apabila kecundang...gaji mau masuk jugak..
    justeru... sdikit sebanyak.. mau tipu jugak la..
    kalu xtipu.. xde gaji masuk.. itu je !!

    jangan marah noo..
    pendapat cetek sy je kpd yg menipu tu laa !!

    BalasPadam
  3. saya juga pernah merasakan apa yang dia orang rasa dahlah tak berduit sakit pulak anak 5 orang belajar lagi masa tu... kepada yg nak berhenti kerja fikir banyak kali sebelum berhenti ... bukan senang bisnis, indah khabar dari rupa melainkan yang sanggup melobi, bagi saya memang tak sanggup. Kawan walau tinggi mana pangkat, mereka tak akan tolong...ini berlaku pada suami saya. jadi jgnlah terpengaruh.

    BalasPadam
  4. Nasib saya yang lebih kurang serupa bezanya anak saya 5 orang dan masih kecil-kecil. Alhamdullilah, bila jadi begitu kita akan lebih dekat dengan Allah maka saya kuatkan tekad teruskan kehidupan walau tak semwah dulu. Redha dan memaafkan itulah menjadikan hati lebih tenang, pada yang menipu saya biarlah Allah balas kebaikan. Saya yakin janji Allah. Saya jadi begitu redha hanya apabila terus bersama jemaah yang baik-baik dan atas rahmat Allah saya dapat mengerjakan haji walaupun hidup saya sederhana (bukahkah itu yang lebih baik!!)

    BalasPadam
  5. menarik baca kisah ni...kalo tak asyik citer pasal kena tangkap khalwat aje kat blog ni...eheheh..jgn marah...

    BalasPadam
  6. assalamualaikum...

    ingat 5 sebelum 5. moga2 jadi pengajaran buat semua..

    BalasPadam
  7. Posting yang sangat bagus utuk perkongsian bersama... ramai masyarakat kita yang berpotensi jadi cam ni... kejar2 dunia akhirnya tersungkur di pintu surau akhirnya... dah susah baru nak insaf...hehehe

    BalasPadam
  8. posting yang best.... mudahan jadi hikmah buat ana.

    BalasPadam
  9. berniaga mmg tinggi risikonya...

    makan gaji pun sama...

    rezeki milik ALLAH, kita mengharap kepadaNYA...

    kisah yg tuan kadi bawa ini padat dgn pengajaran, semoga kita semua mampu menempuh segala ujian ALLAH dalam hidup ini, amin.

    BalasPadam
  10. "seperti putaran roda, ada masa kita ada kuasa dan jawatan" ---->> Bagus ingatan ini untuk yang membaca dan yang menulis blog ini. Terutama jawatan utama keagamaan.. dan yang seangkatan dengannya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.