Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Ogos 2013

Kes Rumahtangga Meningkat Masa Musim Perayaan?


Beberapa hari sebelum raya, hari raya dan selepas raya, saya banyak terima pertanyaan melalui FB dan email saya. Sibuk atau tak sibuk, saya jawab juga untuk bantu pengadu ini sebab kesian juga kepada orang yang bertanya ni. Mungkin juga pejabat agama dah tutup kerana cuti raya, maka ramai yang hubungi saya. Peningkatan soalan mengenai rumahtangga musim perayaan agak luar biasa juga.

Menceraikan Isteri

Paling tragis, ada beberapa kes melibatkan pertengkaran suami isteri yang membawa kepada lafaz cerai. Hampir kesemua kes, suami bukan berniat nak menceraikan tetapi dalam keadaan marah dan tertekan serta desakan kuat Mak Andeh dia. Dari kes ini, saya teliti lafaz yang diucapkan oleh suami dan ada yang saya kata, lafaz ini serius dan boleh membawa kepada jatuhnya talak. Bagaimanapun, saya kata, biarlah hakim mahkamah syariah yang mengesahkan, saya cuma beri khidmat nasihat. Saya minta pasangan ini segera melaporkan ke pejabat agama dan mahkamah syariah apabila pejabat dibuka nanti. Maknanya, pasangan ini berhari raya dalam keadaan yang tidak tenteram.

Saya tak mahu ulang lafaz yang dikatakan itu kerana yang tanya soalan itu saya yakin adalah pembaca blog saya ini. Dan kalau saya bincangkan kes dia di sini, mungkin dia akan terasa hati dengan saya. Punca bercerai  serba sedikit ada kaitannya dengan perbalahan nak balik kampung suami atau isteri. Yang kesudahannya, masing-masing balik rumah masing-masing setelah bertukar kepada status duda dan janda kerana bercerai.

2 ulasan:

  1. pelangi petang21 Ogos 2013 1:30 PG

    Boleh bawa bincang lagi..

    BalasPadam
  2. stakat nak balik kampung suami atau isteri..
    pd sy la..
    masalah ni kecik sgt...
    tp xtau la pulak pd org lain..
    sebetol sebenarnya... masalah kewangan..
    zaman la ni.. serba serbi perlu berduit.. berwang..
    ndak2 pulak.. pd yg baru 3-4 tahun kawin..
    hutang duit belanja nikah/load bank masih tertunggak..
    itu yg buat telinga si suami/
    isteri berasap ber-api tu haa !!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.