Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Mac 2014

Gadis Bawa Motosikal Sambil Guna Telefon Kena Langgar

Dua hari lepas, saya dan kawan saya turun dari Taman Idaman, Kluang. Kawan saya yang pandu kereta dan saya duduk sebelah. Sampai di simpang nak masuk ke jalan besar, kawan saya beritahu, dia nampak dari cermin belakang seorang gadis bawa moto sebelah tangan dengan sebelah tangan lagi sedang menaip sesuatu. Saya pun pandang dan saya kata pada kawan saya.

"Bahaya guna sambil bawa moto guna hp" Kata saya

"Yer... bahaya tu". Kata kawan saya.

Kemudian bila masuk ke jalan utama nak ke bandar Kluang, moto itu potong kereta kami. Nampaknya dah tak guna telefon dah. Tak lama lepas itu dia perlahankan moto dan sebelah tangan pula pegang telefon semula. Moto tu belok ke kenan sebelum lintasan keretapi. 

Tiba-tiba kami dengar bunyi rempuhan dan kereta brek. Rupanya gadis tadi kena langgar dengan sebuah kereta dan jatuh tergolek atas jalan. Kemudian pemandu kereta itu tolong angkat. Nampaknya cedera tak berapa teruk. Rupanya tadi, moto itu belok ke kanan tak tengok ada kereta datang dari kirinya, sebab tu kena langgar. Itulah.. lain kali sambil bawa moto jangan guna hp.

1 ulasan:

  1. begitulah padahnya kalau leka ustaz...berlaku depan mata ustaz pulak tu...memang baik dijadikan iktibar...harap ramai penunggang motosikal remaja baca blok ustaz ni

    BalasPadam

Dipersilakan komen.