14 Mac 2014
Hati-hati......Bomoh Boleh Sesatkan Kita dan Rosakkan Akidah Kita
Tersebar di dalam facebook mengatakan sebuah akhbar di negara Arab menunjukkan bomoh digunakan dalam usaha mencari pesawat yang hilang. Kalau benar akhbar ini menyiarkan berita berkenaan, berita ini memalukan kita umat Islam di Malaysia.
Berusahalah, berdoalah, lakukan solat hayat serta mohon terus kepada Allah. Tidak perlulah kita gunakan bomoh seperti ini yang menjalankan upacara yang memalukan. Banyak gurauan dan sindiran tersebar di internet seperti mentertawakan tindakan bomoh ini seperti tikar terbang zam-zam ala kazam dalam cerita Do Re Me.
Pertahankan akidah kita kerana itu adalah asas dalam Islam. Kalau rosak akidah, maka Islam atau syahadah kita boleh gugur. Yang bomoh ini satu hal, yang kita bimbang adalah orang Islam lain yang percaya dan berpegang kepada kepercayaan bomoh ini maka boleh rosak akidah mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Zaman dah moden pun masih percaya pada bomoh...kat opis ni pun ada juga yang sokong bomoh tu...boleh pulak kata bomoh tu berpengalaman....isyk..isykk...tak paham la.
BalasPadamSlm
BalasPadamBIla tidak menjadikan Allah sbg ubudiah dan minta tolong, maka jin dan puak2 azazil lah yang mengambil tempat...