Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Ogos 2014

Dah Ada Dua Anak Luar Nikah, Kadi Nasihat Nikah, Tapi.... (Episod 2)


"Bila ayah kata tak mengaku anak?" Tanya kadi.

"Dulu ustaz, dalam 5-6 tahun lalu". Kata wanita itu.

"Ishhh... itu dah lama. Sekarang bagaimana?" Tanya kadi lagi.

"Begini ustaz... saya lari dari rumah lebih kurang 6 tahun lalu dan ikut kekasih saya" Cerita wanita ini kemudian dia terdiam seketika. Tiba-tiba air mata dia mengalir dan mengesat airmatanya dengan lengan bajunya.

" Oh... lagi dari rumah. Jadi dalam 6 tahu itu kamu tak balik rumah lansung?" Tanya Kadi.

"Ada ustaz, kali terakhir setahun yang lepas saya pulang seorang bersama dua orang anak saya. Masa itu saya melawat emak saya kemalangan. Tapi ayah saya halau saya dan tetap tak mahu mengaku anak". Cerita wanita ini.

"Yer, kita kena faham perasaan ayah kita. Kalau saya jadi bapak kepada kamu pun, saya pun macam ini juga. Tapi perasaan itu tak kekal. Saya yakin, satu hari nanti hati bapa kamu akan berubah. Yang penting pada kita, banyakkan berdoa, bertaubat dan tunjukkan kepada mak ayah kita yang kita ini dah berubah. Kalau macam ini, saya yakin lama-kelamaan hati mereka boleh berubah". Jawab Kadi.

"Tak ustaz, ustaz tak kenal ayah saya macam mana dengan garangnya dan tak mahu dengar cakap anak-anak" Kata wanita ini.

"Memanglah ayah kamu tak terima kamu. Kamu pun tak nampakkan kamu berubah. Dulu mak ayah kamu marah dan tak mengaku anak sebab sikap kamu yang hendak ikut pakwe sehingga sanggup lari dari rumah. Patutnya bukan macam tu. Pergi masuk meminang dan nikah anak orang betul-betul" Kata Kadi sambil memandang ke arah lelaki.

Dah Menyesal

"Yer ustaz, sekarang kami dah menyesal. Tak sangka sehingga saya sudah ada dua anak tak sah macam ni dan tak sangka juga kami kena tangkap khalwat. Sungguh tak sangka". Kata wanita ini dan semakin deras airmata dia mengalir.

"Okey, yang lepas itu lepaslah. Sekarang saya nak bantu selesaikan masalah kamu. Betul kamu nak nikah?" Tanya Kadi sambil memandang kepada lelaki.

"Yer, sungguh ustaz, saya rela bertanggungjawab atas perbuatan saya selama ini. Ustaz, nikahkan saya sekarang juga ustaz" Kata lelaki ini

.........BERSAMBUNG KE EPISOD 3, klik sini

2 ulasan:

  1. Sungguh mengharukan....
    6 tahun meninggalkan orang tua...
    Saat tua ini lah orang tua kita perlukan kita..
    Saat tua inilah kita harus tunaikan tanggungjawab kita...
    Marah orang tua x kan lama...mereka lebih dulu makan garam dari kita...Kalau betul kekasih tu sayang kita, tentunya akan mengambil kita dengan cara yg Baik...

    BalasPadam
  2. Semoga diberi petunjuk dan hidayah kpd pasangan ini..
    Apa la Nasib 2 orang anaknya yg pastinya sukar...
    Kerana menurut nafsu, anak yg x berdosa jadi mangsa...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.