Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 Ogos 2014

Hidup Tak Nikah Sampai Dapat Anak Dua (Episod 1)

Dalam satu operasi cegah maksiat, sejujurnya nak cerita yang penguatkuasa telah tersilap rumah. Tempat yang diadu adalah deretan rumah kedai yang banyak bilik-bilik. Bila naik saja di tingkat tiga rumah kedai berkenaan, rupanya ada banyak bilik sewa, lebih kurang 6 bilik. Oleh kerana penguatkuasa sudah sampai ke lokasi, mendatangkan masalah juga kalau penguatkuasa membatalkan pemeriksaan tersebut.

Beberapa rumah diketuk dan tidak ada kes. Ada juga bilik yang diketuk yang tidak ada penghuni di dalamnya. Satu bilik itu diketuk, dibuka oleh seorang lelaki memakai kain pelekat dan tidak berbaju. Terdapat juga seorang wanita dan dua orang anak sedang tidur nyenyak. Mulanya pasangan awal 30-an itu mendakwa sebagai suami isteri. Apabila diminta tunjukkan surat nikah, rupanya tidak ada. Melalui soalsiasat itu, penguatkuasa yakin yang pasangan itu belum bernikah. Anak yang dikatakan anak mereka itu sebenarnya adalah anak luar nikah, seorang berumur 2 tahun dan seorang lagi 4 tahun, kedua-duanya perempuan. Anak ini mempunyai surat beranak dan ada nama ibunya.

Proses Pendakwaan

Selesai proses soalsiasat dan sambil menunggu pendakwaan kes ini, pasangan ini dinasihatkan bernikah. Ustaz pun rasa simpati melihat dua anak ini. Yer, sebagai orang yang ada anak, pasti sedih melihat keadaan dan nasib yang menimpa anak ini. Kalau setakat melihat kepada pasangan ini saja, belum tentu kita bersimpati. Pasangan ini dinasihatkan bernikah. Dia setuju bernikah tetapi menimbulkan masalah mengenai wali. Bapanya masih hidup dan tinggal di Johor Bahru. Diberitakan yang perempuan ini sudah lari dari rumah sejak 6 tahun lepas. Perempuan ini rasa malu untuk berdepan dengan bapa atau menyatakan hasrat untuk berkahwin.

"Bagaimanapun, kamu kena jumpa juga ibubapa kamu dan minta maaf apa yang dah berlaku selama ini" Kata Kadi.

"Tapi Ustaz... Ayah saya marahkan saya dan dia tak mengaku saya anaknya lagi". Kata perempuan ini.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 2, KLIK SINI

1 ulasan:

  1. Banyak kes macam ni ustaz. Ada ibu yg ada 3-4 org anak dgn lelaki berbeza. Macam2.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.