Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Ogos 2014

Baik dan Buruk Sistem Keselamatan Kereta Yang Canggih-canggih


Raya kedua lepas, dalam jam 4.30 petang, kereta saya berhenti sebentar di R&R Kuantan dalam perlajanan ke Terengganu untuk ke tandas. Bila saya berjalan menuju ke tandas, ada seorang lelaki menegur saya.

"Abang... minta tolong tengokkan kereta saya. Abang pakai kereta sama macam kereta saya". Kata lelaki tu.

Saya tengok lelaki tu atas bawah juga dan macam ragu-ragu juga masa tu. Kemudian dia menghulurkan kunci kereta pada saya. Dia juga menunjukkan isteri dan seorang anak dia yang duduk di kerusi di R&R tu. Yer... dia pakai kereta sama macam kereta saya, jenis Honda tahun 2001-2002.

Katanya sistem keselamatan dia ada masalah dan bila start, enjin dia tak hidup. Dia kata, masa dia ke surau tadi, isteri dan anak dia ada dalam kereta dan enjin hidup. Bila dia masuk gear saja, enjin mati. Dia dah dua jam betulkan kereta tapi masih tak elok. Jadi, oleh kerana saya pakai kereta macam dia, dia minta tolong saya.

Enjin Tak Hidup

Kereta itu memang sama macam kereta saya tapi sistem keselamatan dia lain sikit. Kereta saya ada satu alat kena cucuk sebelum start. Tapi kereta dia tak ada benda nak cucuk, cuma ada butang yang perlu ditekan. Saya tak pastilah sama ada kena tekan atau tidak. Bila saya start, memang tak boleh hidup. Pada anggapan saya, sistem itu telah memotong segala fungsi dan menghalang kereta dari dihidupkan.

Bila saya tanya lelaki tu, dia kata di abaru beli kereta tu sebulan yang lepas dan dia belum study sepenuhnya sistem keselamatan tu. Sebenarnya sistem keselamatan itu memang baik bagi menghalang kecurian. Contohnya kereta saya kalau tidak ada alat untuk mencucuk itu maka enjin tak boleh hidup. Kalau pencuri dapat membuat kunci atau membuat penyambungan, enjin hanya boleh dihidupkan beberapa saat sahaja. Jadi bagi lelaki tu, bermakna sistem itu telah mematikan semuanyanya. Lelaki itu kata, semasa dia nak masuk ke dalam kereta tadi, isteri dia angkat penutup pintu secara menual dan mungkin itu adalah satu sistem untuk mengelakkan kecurian. Lagi satu, saya rasa mungkin anak dia tekan butang keselamatan itu beberapa kali tanpa sengaja.

Periksa Bateri

Lelaki itu telefon perkhidmatan lebuhraya tetapi masih tidak datang sejak beberapa jam tadi. Dalam hati saya, maklumlah masih cuti hari raya kedua. Saya telefon sekali lagi dan yang jawab tu katanya operator di Kuala Lumpur dan dia beri nombor telefon Kuantan. Bila saya telefon yang Kuantan, tidak berjawab. Saya meminta lelaki itu telefon jurujual kereta yang baru sebulan dibeli tu. Tapi jurujual tu sendiri pun tak tahu, yang dia tahu jual kereta saja, hehehe.

Saya telefon seorang pomen kawan saya, dia kata hanya pemilik kereta saja yang tahu kerana ada kod tersendiri yang telah disetkan. Pomen tu cadangkan saya buka semua bateri dan set semula alarm kereta tapi masih gagal. Dah lebih sejam saya bantu lelaki tu tapi masih gagal dan petugas lebuhraya atau pomen yang lelaki itu telefon lansung tak datang. Kemudian hujan lebat dan saya minta diri untuk meneruskan perjalanan.

Siap Jam 6.300 Petang

Dalam jam 7 malam, saya dapat sms dari lelaki tadi. Dia ucap terimakasih kerana bantu dia tadi dan kereta dia dah elok dalam jam 6.30 tadi. Bermakna 4 jam masanya dihabiskan di situ saja. Kata dia, tadi dia telefon jurujual kereta tempat dia beli. Jurujual itu telah dapatkan satu kod dari seseorang. Dia buat seperti yang diarahkan dan kereta dia boleh start macam biasa.

Nasihat saya, kepada pemilik kereta yang ada alat canggih, kenalah tahu sepenuhnya sistem keselamatan ini termasuk kod-kod rahsia. Ada masanya sistem ini akan mengunci secara mengejut dan mematikan sistem dalam kereta. Sistem ini bagus untuk mengelakkan kecurian tapi kekadang mendatangkan masalah kepada kita juga.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

2 ulasan:

  1. Salam ustaz

    saya pun ada juga pasang sistem keselamatan kereta yang konon canggih.

    tiap2 kali masuk kereta kena swap kad dia kat scanner yang dipasang dalam kerusi depan kereta saya, kalau tak buat alamat dalam 30 saat pas berjalan enjin akan mati.

    betul kata ustaz, setelah 9 tahun saya rasa sistem tu memang menyusahkan tambahan takde kot yang minat nak curi kereta saya sekarang ni.

    BalasPadam
  2. Yer... sistem ini dicipta untuk keselamatan. Tapi kekadang menyusahkan kita seperti orang lain pinjam kereta kita atau kita tinggalkan kereta kita di bengkel.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.