Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 April 2015

Cerita saya dan GST Hari Ini 1 April 2015

Dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat di JB hari ini, saya singgah di Restoran Osman, Uda yang belakang Mydin tu dalam jam 8.30 pagi. Yer, hari ini adalah satu sejarah bagi negara kita iaitu pengenalan GST bermula hari ini. Terus teranglah saya cakap, saya ni tak berapa tahu sangat pasal GST ini. Yang saya tahu, cukai ini 6 peratus dari harga. Yang saya tahu lagi, makanan di kedai makan serta ubat di farmasi tidak dikenakan cukai GST ini. Tak tahulah saya betul atau silap, saya pun tak pasti sebenarnya. 

Dalam satu group whataps, kawan saya hantar satu gambar resit iaitu masa dia tuang minyak RON97 di sebuah stesen minyak pagi tu. Yang saya faham, resit ini menunjukkan dia bayar RM100 untuk tuang minyak tu. Pada resit tu tertulis RM94.34 dan GST RM5.66. Maknanya kawan saya tu isi minyak RON97 dengan harga RM100 tetapi yang sebenarnya hanya RM94.34 sebab RM5.66 kena bayar GST. Saya diam saja tak jawab, sebab dalam hati saya, saya pakai RON95 dan yang saya tahu, tak kena GST. Agak sajalah tu sebab hari ini saya tak tuang minyak kereta.

Teh Tarik dan Nasi Lemak Pun kena GST Rupanya

Kat restoran tu saya dan kawan saya makan nasi lemak telur goreng dua dan teh tarik dua. Bila suruh pelayan tu kira, awal-awal dia kata kena GST. Ohh... bila dia cakap gitu, saya suruh dia keluarkan resit. Pada resit tu tertulis RM 8.50 dan kena GST RM0.51. Jadi, jumlah yang saya kena bayar adalah RM 9.00. Saya tak cakap apalah, lagi pun kedai tu teh tarik dia sedap. Bukan macam ada satu kedai baru bukak yang saya minum semalam. 

Kedai tu baru buka dan saya sangka itu kedai mamak. Dalam hati saya, saya boleh garenti yang kedai mamak teh dia sedap. Tapi bila saya minum di kedai semalam tu, entah apa-apa rasa teh tu. Bila tengok betul-betul, itu bukan kedai mamak. Rasa saya, itu kedai Myanmar atau Rohinyya. Tengok lelakinya, lain macam mamak atau orang pekerja asing India atau Pakistan. Orang ini badan dia kecil sedikit. Saya juga pernah berbual dengan pendatang yang ada taraf pelarian Rohinyya ini, ada beberapa restoran di satu daerah tu. Bukan niat saya nak kata sekat dia orang berniaga di sini tapi dalam hati saya kata, nak berniaga di sini, seleranya biarlah selera yang orang sini boleh masuk. Teh tarik kenalah sedap, jangan sebarang saja. Kalau susah sangat nak belajar cara buat teh tarik, boleh juga belajar dengan saya, klik sini .

Lagi satu, nak beza kedai mamak dengan Myanmar ini antaranya kita tengok pada rupa kedai tu. Kedai mamak biasanya lebih cantik, kemas dan lantainya ada mozek. Kedai semalam tu tak ada lantai mozek. Masakan kedai mamak ramai orang boleh masuk terutama kari dia. Kedai semalam tu, tengok saja saya dah rasa tak ada selera.

GST

Berbalik pasal cerita GST tadi, saya pergi makan tengahari di sebuah kedai mamak di Taman Perling JB. Bila bayar untuk dua orang, jumlahnya RM 11.50 dan pelayan atau tauke atau pengurus kedai tu kata kedai dia tak ada GST. Pada saya, harga RM11.50 itu berpatutanlah. Cuma saya hairan sikit, kenapa kedai mamak yang pagi tadi tu ada GST, kedai ini pula tiada. Kalau ikut ramai orang datang, saya tahu kedai kedua ini pun ramai juga terutama sebelah malam. Semua saya tak tahu nak jawab, sebab saya tak banyak faham sangat pasal GST ni.

Sambil tu saya buka FB dan tengok seorang kawan saya yang sama mesyuarat dengan saya tadi tunjuk resit dia makan tengahari kena GST. Harga kat resit tu tulis RM14.70 termasuk 6 peratus GST. Jadi, maknanya salahlah anggapan saya yang kedai makan tak kena GST, rupanya kena. Dari teh tarik, nasi lemak dan nasi campur, kena juga rupanya.

Minum Petang

Dalam jam 6.00 petang, saya singgah di sebuah kedai di Simpang Renggam. Saya makan betul-betul di sebelah kaunter bayaran sebab hari hujan masa tu. Ada tertulis besar warna hijau yang kedai itu mengenakan GST dan ada nombor GSTnya. Masa bayar, semua sekali RM9.00. Bila saya tanya, dia kata tak ada GST. Saya tunjuk pada dia tulisan GST tu, dia kata, itu pembelian yang dikeluarkan resit saja. Dalam hati saya, kenapa pulak ada resit dan tak ada resit macam tu. Entahlah.

Kawan saya cerita, tadi isteri dia top up telefon RM10 tapi kena bayar RM10.60 pasal GST. Saya pun membayangkan, adakah bil telefon saya nanti akan kena GST? Sebelum saya kata yer, tunggulah bil keluar nanti.

Tengok FB

Dalam FB hari ini ramainya orang cerita pasal GST. Saya tak komen pun, sebab pada saya masih terlalu awal untuk saya komen. Hari ini hari pertama GST, mungkin ada kekeliruan dari peniaga atau pelanggan. Orang ramai termasuk saya pun tak berapa nak faham sangat GST ni. Sebelum ini saya cuma baca dan dengar penerangan dan pelaksanaannya belum lagi, tapi hari ini 1 April, terlaksanalah.

Tengok TV

Jam 8.00 malam saya tengok TV bermula dengan berita TV9. Mula saja terus cerita GST. Pada saya betullah penerbit berita itu memahami berita yang paling hangat hari tu. Ada orang komen pasal pasaraya Mydin yang sebelum ini kata pelanggan tak perlu bayar GST tapi pada resit tu kena GST pula. Kemudian dijelaskan oleh pihak pengurusan Mydin yang GST 6 peratus itu hanya tulisan saja tetapi pelanggan tak perlu bayar. Maka fahamlah saya. Tapi kita kena ingat, harap pasaraya Mydin tak naikkan harga barang selepas ini untuk bayar GST yang dikatakan pengurusan Mydin yang kena bayar tu.

Lepas 15 minit saya tukar siaran TV3 pula. Rupanya ada juga barangan yang turun harga iaitu beberapa jenama kereta termasuk keluaran tempatan. Oh yer, tadi saya ke Angsana JB tengok di sebelah bangunan Menara Jati LHDN tu ada pameran kereta keluaran Proton. Menarik tu, cuma tadi tak sempat singgah sebab hujan.

Falamlah juga saya masa tengok TV tu yang negara kita adalah tergolong dalam 160 negara lain yang melaksanakan GST, banyak lagi negara lebih awal lagi melaksanakannya. 

2 ulasan:

  1. Terima kasih info menarik mengenai gst. Agak teruja juga nak pergi melawat ke Malaysia nti ditengah gst sudah dijalankan..hehe

    BalasPadam
  2. Sekarang ni nak berbelanja kena survey banyak kedai/ pasaraya. Antara Pasaraya Giant, UO, Tesco dan Mydin, Pasaraya Mydin lebih murah harga barang-barang berbanding pasaraya lain. Cuma di Mydin ni tak banyak pilihan berbanding pasar raya besar yang lain. Pada saya, sebagai pengguna dan pembeli yang memang memerlukan barang keperluan, kita kena bijak berbelanja. Pilihlah di kedai/ pasaraya yang memberi keuntungan lebih kepada kita...bukan merugikan kita. Duit di tangan kita..berbelanjalah dengan bijak.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.