Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Julai 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 25

Yanti bawa mak dan kakaknya makan di restoran tak jauh dengan pejabatnya. Yanti tahu, ada sesuatu perkara yang kakak dan maknya nak cakapkan, iaitu kenapa Yanti tak duduk rumah mak ayahnya di KL. Itu pasti, tapi masa makan, sepatah pun mak dan kakaknya tak cerita pasal itu semua. Yanti rasa, mungkin nak tunggu makanan habis dulu. Lepas makan, barulah kakaknya, Azizah memulakan cerita bab itu.

"Yanti tinggal mana sekarang ?". Tanya kakaknya.

"Di Gombak, rumah kawan lama". Kata Yanti.

"Kenapa Yanti tak duduk rumah saja, Gombak kan jauh dari pejabat ?" Kata kakaknya.

Yanti terdiam sambil memegang gelas dan memusingkan gelas dengan tangan kirinya.

"Rumah kita kan besar, bukan ada orang lain kat rumah". Kata kakaknya lagi.

Mak Yanti merenung dan memerhati saja perbualan itu, mungkin sikap seorang mak lebih suka beralah dengan anak-anak, atau bimbang anak tak berapa nak setuju dengan kata-kata maknya nanti.

"Tak apa kak, Yanti lebih suka bersendirian, Yanti tak mahu susahkan sesiapa lagi. Yanti kan dah besar, dah boleh berdikari dan menentukan masa depan Yanti". Yanti mula bersuara.

"Betul tu kau dah besar, tapi dah besar takkan nak lupakan mak ayah dan adik beradik. Mak ayah tak pernah didik kita supaya melupakan keluarga bila dah besar. Kenangkan lah jasa mak ayah yang dari kecil sehingga  besar dia didik kita dengan susah payah. Sekarang, kita lupa jasa mak ayah ?" Kata kakak Yanti.

Yanti tak bersuara, dia tak mampu membantah atau mengulas kata-kata kakaknya itu lagi.

"Baliklah tengok abah..... Dah berapa lama kau tak telefon abah. Abah selalu sebut-sebut kau, dia selalu tengok album lama kau, terutama gambar kau masa kanak-kanak dulu. Tiap kali abah sebut nama kau, abah menangis........ "

"Kau tak patut buat begitu Yanti. Kalau kau ada terasa hati pada abah pun, maafkan abah, dia kan abah kita. Ingatlah masa kita kecil dulu Yanti, berapa kali entah kita buat abah terasa hati, tapi abah sabar hadapi kerenah anak-anak. Sekarang kalau abah buat kita terasa hati, takkanlah kita sebagai anak tak boleh maafkan abah. Abah dah tua, seburuk-buruk mana pun tetap abah kita juga ". Kata kakaknya lagi.

Yanti masih terdiam dan mula sedih dan mengesat air matanya dan air yang keluar dari hidungnya.

"Baliklah rumah abah, kalau dulu kau di JB jauh. Sekarang kat KL, kau sikit pun tak jenguk abah. Abah sedih... kesihatan abah bukan baik sangat. Kita tak tahu sampai bila umur abah...".Kata kakaknya lagi.

Yanti masih terdiam dan menangis, dia tak dapat berkata apa-apa lagi. Kemudian tangan Yanti memegang tangan ibunya dalam keadaan agak menggigil.

"Mak, maafkan Yanti. Maafkan Yanti". Kata Yanti.

Yanti tak boleh terus berbual panjang, dia nak naik kerja jam 2.00 petang. Mak dan kakaknya pulang ke rumah. Balik keja, Yanti berbual dengan kawan serumahnya, Nani. Segala masalah hidup Yanti diceritakan pada Nani, termasuk kehadiran mak dan kakaknya tadi. Nani sekarang berkhidmat sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Yanti terus luahkan perasaannya pada Nani sambil menonton tv di ruang tamu. Mereka berdua saja di rumah petang tu, yang lain belum balik lagi.

"Nani. Fikiran aku buntu. Aku berada di dua persimpangan yang aku sendiri tak tahu nak tuju simpang yang mana. Aku ingatkan nak tenangkan fikiran dan melupakan seketika masalah aku. Aku ada azam baru bila pindah KL ni. Tapi tak boleh, Nani. Aku masih diganggu". Kata Yanti.

"Tak apa Yanti. Yang datang tu mak dan kakak kau, bukan orang lain. Itu tanda dia sayangkan kau dan ambil berat pasal kau". Kata Nani.

"Sayangkan aku ? Haha....kalau sayangkan aku, kenapa siksa hidup aku sehingga macam ni ? Nasib baik aku kuat semangat, kalau tak, jadi sakit mental aku". Kata Yanti.

"Yanti. Tapi sekurang-kurang, dia beri peluang untuk kau berbincang semula dengan mereka. Ini peluang untuk sama-sama berbaik-baik dan berdamai semula. Pepatah Melayu kata, air dicincang tak akan putus. Begitulah kalau bergaduh adik beradik". Kata Nani.

Yanti termenung dan memikirkan, ada betulnya nasihat Nani itu. Walaupun Nani sebaya dengannya, tapi Yanti rasa, ada gunanya nasihat Nani itu.

"Aku boleh sabar, Nani. Aku tahu, aku pun ada salah pada mak ayah aku. Tak patut aku menjauhkan diri dengan mereka......Tapi yang aku tak boleh terima sangat, sikap abang-abang aku. Masing-masing perangai macam hantu setan, memang aku tak akan maafkan mereka, seumur hidup aku. Bukan semudah itu aku nak lupakan apa yang dia buat pada aku". Kata Yanti lagi, suaranya semakin tinggi.

"Ok Yanti. Tapi kalau kau marahkan abang-abang kau, kenapa sampai kau melupakan mak ayah kau, itu tak betul. Mak ayah yang melahirkan kita dan membesarkan kita, kenapa kita nak buang mereka ? Kalau ada sikit-sikit perselisihan tu, itu perkara biasa, tapi janganlah sampai membuang mak ayah" Kata Nani.

Yanti terdiam tapi mengeleng-ngelengkan kepala, seolah menafikan kata-kata Nani tu.

"Yanti, aku rasa mak ayah kau tak salah dalam hal ini. Kalau kau jadi macam mereka pun, kau akan bersikap begitu. Mak ayah kau, tak mahu terima Man Burger tu sebab abang-abang kau menentang. Mereka tak mahu tengok kau adik beradik bercakaran, sebab itu ayah kau menyokong pendapat abang kau". Kata Nani.

"Yer, aku tahu. Tapi mengapa mak ayah aku menyebelahi abang aku, kenapa tak menyebelahi aku. Ini kan masa depan aku, aku tahu lelaki yang sesuai jadi suami aku. Yang dapat membahagia kan hidup aku. Nani... aku tak pandang wang ringgit, harta dan pangkat. Semua itu bukan jaminan kebahagian. Tapi mengapa mak ayah aku tak faham perasaan aku, sampai bila aku nak ikut perasaan mereka saja". Kata Yanti.

"Aku tak kata sapa yang betul, sapa yang salah. Baik bawak berbincang elok-elok, jangan sampai berpanjangan dan boleh meruntuhkan keluarga kau". Kata Nani.

"Yer, aku tahu, aku masih waras. Aku sayang mak ayah aku juga adik beradik aku. Tapi dalam masa yang sama, aku cintakan seorang lelaki yang mereka semua tolak malah membencinya. Bagaimana harus aku pilih salah satu......". Kata Yanti.

"Yanti, hidup kau masih bertuah, kau masih punyai mak dan ayah. Aku, ayah aku dah meninggal masa aku sekolah lagi, dah masuk 6 tahun. Tapi aku rasa masih baru lagi ayah aku meninggal, macam baru semalam...."Cerita Nani dengan nada yang agak sayu. Yanti mendengar dengan penuh tumpuan.

 "Masa tu aku masih belajar lagi, masih sekolah menengah. Aku sangat sedih, bila aku dah kerja ni aku lagi sedih. Sedih sebab tak sempat untuk balas jasa ayah aku. Selama ini dia banyak berkorban wang ringgit untuk aku. Waktu sekolah dulu aku bercita-cita nak balas segala pengorbanan arwah ayah, tapi aku tak sempat.......Bila aku dah kerja ni, aku rasa sangat kehilangan. Dan kehilangan itu tidak akan ada gantinya. Aku sedih bila kenangkan arwah ayah aku. Tapi kau Yanti, kau beruntung kerana masih ada ayah". Kata Nani lagi. Yanti terus terdiam.

"Betul kata kakak kau tadi, Yanti. Umur ayah kau tak tahu sampai bila, setiap yang hidup pasti akan mati. Yanti, aku cadang malam ni kau pergi melawat mak ayah kau. Rasanya, abang-abang kau tak ada situ malam ni. Aku boleh temankan". Kata Nani. Yanti terdiam seketika, kemudian berkata.

"Yer, bagus cadangankan kau tu. Tapi, kau temankan aku yer. Aku takut...". Kata Yanti.

Yanti ke rumah ibu bapanya dengan ditemani Nani menaiki kereta Yanti. Sampai di rumah dalam jam 9.00 malam, Yanti petik loceng dan kemudian dibuka oleh pembantu rumah Indonesia.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 26
http://kadikluang.blogspot.com/2010/07/sudah-nasibku-mat-burger-episod-26.html   (Episod 26)

3 ulasan:

  1. Sedih cerita ni.
    ....Mira.

    BalasPadam
  2. x sbr nk tnggu episod sterusnya......cepatlah hbiskan cita ni ustaz.....

    BalasPadam
  3. Huyooo!

    Panjang nyer cerita ni..boleh buat skrip drama ni Tuan.

    matt

    BalasPadam

Dipersilakan komen.