Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Ogos 2010

Kenapa Tak Tangguhkan Dulu Senaraihitam Saman Ekor ?

Langkah kerajaan untuk mengkaji semula saman ekor dan pemilik kenderaan yang disenaraihitamkan kerana mempunyai saman, amatlah dialu-alukan. Bagaimanapun, pada saya, eloklah kerajaan menangguhkan dulu menyenaraihitamkan kenderaan yang menghadapi masalah sebegini, sekarang juga. Ataupun, orang yang ada senaraihitam ini, dibenarkan menghidupkan cukai jalan sekarang. Jumlah yang saya baca dalam akhbar semalam, dianggarkan sejuta orang lebih orang yang  disenaraihitamkan iaitu satu jumlah yang sangat besar.

Eloklah ditangguhkan dulu semasa kerajaan sedang mengkaji keberkesanan dan dalam usaha merangka satu peraturan yang lebih baik. Tetapi kalau tak tangguh, pemilik kenderaan tetap kena bayar saman ekor ini untuk hidupkan cukai jalan. Kebanyakan orang, termasuklah saya sendiri, selalu hidupkan cukai jalan bila 2-3 hari lagi nak tamat. Kalau dah tak boleh hidup cukai jalan, mahu tak mahu, suka tak suka, merungut tak merungut, kenalah juga bayar saman ekor ni. Tak bayar, tak hidup cukai, tak ada cukai, nanti kena saman, kena sita kenderaan pun boleh. 

Apa kata kalau lepas ni pihak berkuasa membatalkan saman ekor, atau mengurangkannya ? Sudah tentu orang yang dah bayar saman ekor baru-baru ini rasa kurang senang atau menyesal kerana dah keluarkan duit. Takkanlah pihak berkuasa benarkan mereka tuntut duit semula. Jadi, pada saya, eloklah ditangguhkan dulu sebelum apa-apa ketetapan dibuat. Selepas ada keputusan, baru teruskan semula, kalau keputusannya untuk terus menyenaraihitamkan, teruskanlah. Kalau tak, taklah.

1 ulasan:

  1. Salam ustaz..

    Sokong pendapat ustaz 110%.. :D

    BalasPadam

Dipersilakan komen.