Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Ogos 2010

Bung Moktar Tidak Dipenjara Kes Mahkamah Syariah Selangor

SHAH ALAM 11 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada Mei lepas bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menerima rayuannya.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhuddin Ibrahim bagaimanapun memerintahkan ahli politik dari Sabah itu membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap Bung Moktar, 51, kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan pelakon Izette A. Samad, 31, di rumah No. 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam 16 Disember tahun lepas.

2 ulasan:

  1. Bhai Tuan Kadi Kluang...

    Ini pandangan gua la... lain kali pesalah lain boleh lah guna hujah "punyai tanggungjawab besar pada keluarga" ... dan "menjejaskan tanggungjawab kepada keluarga" ... serta hujah "imej dan reputasi dimata masyarakat" untuk melepaskan diri mereka dari hukuman penjara...

    Pada gua Ketua Hakim Syarie Selangor terkhilaf ketika memberikan hujah beliau bagi kes Bung Moktar nih..

    Ini sudah memberikan precendent untuk kes-kes yang lain .... masalah akan timbul dimasa akan datang dengan hujahan nih...

    BalasPadam
  2. Keputusan Mahkamah Syariah ini perlulah dihormati lebih-lebih lagi, hakim yang memutuskan perintah ini adalah hakim tertinggi dalam pentadbiran kehakiman di mahkamah Syariah Selangor. Hakim sudah pasti mengambil kira segala aspek termasuk menimbang hujah peguam dan pendakwa sebelum memutuskannya.

    Pada saya, kes ini menjadi satu pengajaran kepada semua pihak terutama diri tertuduh. Dalam tempoh satu dua bulan dihukum penjara dan dalam tempoh rayuan didengar, sudah tentu sangat perit bagi pasangan ini.

    Kita yang tidak mengalaminya, sukar untuk merasai sejauhmana keperitan pasangan ini. Kalau ditanya secara peribadi kepada pasangan ini, sudah tentu insaf sangat dan menyesal atas apa yang sudah berlaku dan tak sanggup untuk mengulangi kesalahan ini lag.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.