Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Ogos 2010

Volkswagen Buka Kilang, Keluar 3 Model Baru

Tiga model baru kenderaan Volkswagen dijangka akan dikeluarkan di kilang DRB-Hicom Pekan, Pahang sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan daerah itu sebagai hub automotif rantau ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemasangan kenderaan komponen terurai (CKD) jenama terkenal Jerman itu dijangka dikeluarkan pada akhir suku pertama tahun depan.

Beliau berkata usahasama itu dipersetujui ekoran pertemuannya dengan pihak Volkswagen semasa percutiannya baru-baru ini. Semalam, DRB-Hicom dan Volkswagen menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pemasangan dan pengeluaran kenderaan-kenderaan Volkswagen di Malaysia.

Najib berkata Volkswagen turut memohon beberapa insentif daripada kerajaan Malaysia bagi menjadikan kilang pengeluaran di kilang DRB-Hicom sebagai pengkalan eksport kenderaannya di negara Asean.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.