Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Ogos 2010

6 Orang Ditahan Dalam Operasi Khalwat

Tiga pasangan ditahan Penguatkuasa Agama Kluang di sekitar bandar Kluang malam tadi. Semua tangkapan dilakukan di dalam 3 buah bilik sewa di rumah kedai di bandar Kluang.

Pasangan pertama, lelaki warga Pakistan, umur 26 tahun kerja sebagai peniaga. Manakala perempuan, surirumah berusia 42 tahun.

Pasangan kedua, lelaki  berusia 25 tahun, bekerja di sebuah kilang. Manakala perempuan berumur 16 tahun dan tidak bekerja.

Pasangan ketiga, lelaki  berusia 21 tahun, bekerja sebagai pembantu kedai makan. Manakala perempuan berumur 23 tahun, bekerja di sebuah kilang di Senai.

Kesemua mereka ditahan sewaktu berdua-duaan bersama pasangan masing-masing dalam bilik berkenaan. Operasi penguatkuasa dijalankan dari jam 12.00 malam hingga 3.00 pagi malam tadi. Mereka ditahan di bawah seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana kesalahan khalwat. Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Kesemua mereka telah diikat jamin, sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Syariah Kluang.

Semua tangkapan kes ini adalah berdasarkan aduan awam.

"Pemberi maklumat akan dirahsiakan oleh pihak kami. Oleh itu, pengadu tak perlu takut untuk memberikan kerjasama kepada penguatkuasa. Sesiapa yang ingin memberikan maklumat mengenai kes maksiat di daerah Kluang, dila hubungi 07-7771249."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.