Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Ogos 2010

Lagi Kes Buang Bayi Dalam Tong Sampah

MELAKA 11 Ogos - Pada saat-saat umat Islam baru memulakan hari pertama Ramadan, seorang lagi bayi yang masih bertali pusat ditemui dibuang di dalam tong sampah di sebuah kilang di Ayer Keroh hari ini. Bagaimanapun mujurlah perbuatan kejam itu dilihat oleh pekerja di kilang tersebut mengakibatkan seorang remaja lelaki dan wanita ditahan polis.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasangan remaja tersebut ditahan kerana disyaki terlibat dengan pembuangan bayi itu. Katanya, kedua-dua mereka berusia 18 tahun dan berasal dari Gemas, Negeri Sembilan merupakan pasangan kekasih yang baru bekerja di kilang berkenaan sejak sebulan lalu.

"Kedua-dua suspek telah direman bermula hari ini sehingga Sabtu ini.
"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

1 ulasan:

  1. Salam..

    Walaupun syaitan kena belenggu tapi nafsu syahwat tetap membara dibulan Ramadan...

    Mohon perlindungan dengan berkat puasa...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.