Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 Ogos 2010

Gadis Lari Ikut Negro Ditahan Kes Dadah

Seorang gadis, Nur Dhiya Ain Rosman, 19, yang dilaporkan dilarikan ke Afrika Selatan pada 9 Ogos lalu ditahan pihak berkuasa negara itu Sabtu lalu di sebuah hotel di Cape Town kerana memiliki dadah jenis syabu. Nur Dhiya, yang dikenali sebagai Baby di kalangan keluarganya kini ditahan di Pusat Tahanan Ravensmead, Cape Town dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Belleville di bandar yang sama atas tuduhan memiliki dadah.
Ibu mangsa, Roslah Abdul Jani  mendakwa pihak Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang dimaklumkan mengenai anaknya yang dilarikan oleh warga Afrika itu sepatutnya bertindak pantas dan menahan mereka daripada berlepas ke Afrika Selatan.

Roslah mendakwa sebaik beliau menerima panggilan dari anaknya pada 1.30 pagi Isnin lalu yang memaklumkan dia di KLIA untuk menaiki pesawat ke Afrika Selatan pada 2.50 pagi, Roslah telah membuat panggilan ke KLIA memaklumkan mengenai anaknya itu, dan pihak KLIA mempunyai masa yang banyak untuk menahan anaknya berserta lelaki Afrika itu daripada berlepas.

2 ulasan:

  1. Salam Ustaz,

    Bdk prempuan skrg terlalu cerdik dan pandai, itu yg jdi mcm2 kes skrg.. mudah sgt percaya org sbb suka di pujuk rayu.. Dh tekena siapa jugak yg susah..

    - just my 2 cent -

    BalasPadam
  2. Takde susah, nak cari susah. Tu yang jadi macam tu...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.