Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 November 2010

Beli Judi Nombor Ekor Depan Anak Bini, Kena Tangkap

Semalam, seorang lelaki 30-an ditahan penguatkuasa Jabatan Agama di sebuah kedai judi di bandar Kluang dalam jam 5.30 petang. Dia ditahan selepas membeli judi nombor ekor bernilai RM 5.

Sebelum masuk ke kedai judi, lelaki ini memberhentikan kereta di depan nombor ekor dan meninggalkan isteri dan anak-anaknya yang masih bersekolah di dalam kereta. Isteri dan anaknya tahu yang dia masuk ke kedai judi. Apabila ditangkap, isteri dan anaknya juga melihatnya. Kemudian isterinya menjadi penjamin kepada suaminya selepas dibawa ke balai polis.

Lelaki ini akan dituduh di mahkamah Syariah Kluang kerana berjudi. Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali.

1 ulasan:

  1. salam ustaz,

    walaupun cuma rm5, tp itu HAK isteri dan anak-anak dia tu..

    p/s - dunia2..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.