Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 November 2010

BN Menang Besar di Galas dan Batu Sapi


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas apabila calonnya, Ab Aziz Yusoff, menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, dengan majoriti 1,190 undi pada pilihan raya kecil hari ini. Ab Aziz memperoleh 5,324 undi manakala Dr Zulkefli meraih 4,134 undi.

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya, Datin Linda Tsen, menang dengan majoriti 6,359 undi.

Tsen memperoleh 9,773 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah, mendapat 3,414 undi dan calon Parti Maju Sarawak (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, memperoleh 2,031.

Kegagalan PAS

PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.

2 ulasan:

  1. Tahniah kepada yang menang, jalankan tanggungjawab yang baik, AMANAH dari rakyat. buat yang kalah, cuba lagi untuk pilihanraya akan datang. Siapa menang tak penting, janji mau laksana JANJI YANG DIJANJIKAN.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.